PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan, sekali gus memberi pulangan semula kepada ekonomi negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata perkara itu, dimaklumkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2024, dipengerusikannya hari ini.
"Kerajaan akan memberi penekanan utama kepada pertumbuhan sukan sebagai sebuah industri bernilai tinggi.
"Berdasarkan Laporan Awal Akaun Satelit Sukan 2022, nilai ditambah kasar industri sukan bertumbuh 12.1 peratus pada 2022, berbanding 1.9 peratus pada tahun sebelumnya, dengan jumlah RM19.6 bilion pada 2022 berbanding RM17.5 bilion pada 2021," katanya dalam kenyataan sempena mesyuarat tersebut.
Mesyuarat JKPS berperanan untuk menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan sukan, termasuklah memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat juga bersetuju dengan pelaksanaan kerjasama strategik antara Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS), KBS dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Dan Kementerian Kesihatan, dalam Pendidikan Anti-doping.
"Kerjasama strategik ini akan dilaksanakan kepada pada atlet di Institusi Pengajian Tinggi, atlet yang bertanding di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dan Para Sukma Sarawak 2024, serta pelaksanaan pendidikan 'Kenali Ubat Anda'," katanya.
Ahmad Zahid berkata semua kementerian perlu menggalas peranan masing-masing dalam menambah baik program, kemudahan dan peralatan sukan, bagi menampung perubahan populasi negara yang dijangka mencapai status negara tua pada 2030.
"Menurut unjuran yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 15 peratus daripada penduduk Malaysia, berumur 60 tahun ke atas pada tahun tersebut," katanya.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat JKPS merupakan satu platform yang diharap dapat menyelesaikan segala isu berkaitan sukan secara berkesan.
"Ia juga dapat diperluas dengan melibatkan semua agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), ke arah memperkasakan pembangunan sukan secara inklusif bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera.
"Perancangan dan pelaksanaan inisiatif berkaitan memerlukan kerjasama semua pihak berkepentingan dalam menjayakan hasrat kerajaan, seperti tergaris dalam Dasar Sukan Negara dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan memberi penekanan utama kepada pertumbuhan sukan sebagai sebuah industri bernilai tinggi. - Foto Bernama
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Polis kesan suami tampar isteri
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, laporan tersebut dibuat oleh adik mangsa yang mengesahkan bahawa wanita berusia 35 tahun yang dipukul itu adalah kakaknya.
[TERKINI] COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
THR GEGAR anjur Sunathon bersama Poliklinik Al Farhain
Kira-kira 30 kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun menjalani proses berkhatan di Poliklinik berkenaan bayaran.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.