PUTRAJAYA: Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan semalam akan diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata ia susulan komitmen kesemua Exco Belia dan Sukan negeri yang menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan kod berkenaan.
"Semalam kita telah melihat persatuan sukan kebangsaan (NSA), MOM (Majlis Olimpik Malaysia) dan MPM (Majlis Paralimpik Malaysia) telah menandatangani untuk menyatakan sokongan mereka melaksanakan Kod Sukan Selamat di bawah bidang kuasa mereka.
Jadi, hari ini semangat sama ditandatangani Exco negeri... mereka akan bawa Kod Sukan Selamat balik ke negeri masing-masing untuk pastikan stadium atau kemudahan sukan di bawah bidang kuasa mereka mempraktikkan kod ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Penandatanganan Kod Sukan Selamat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini hari ini.
Kod dibangunkan KBS itu adalah garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan dalam sukan.
Selain itu, ia dapat memperkukuh aspek integriti dalam tadbir urus badan sukan dan ekosistem sukan negara secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan semalam akan diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. - Gambar fail/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

19 kes berkaitan keselamatan atlet selesai - Hannah
Sebanyak 38 kes berkaitan keselamatan atlet diterima sejak 2021 menerusi inisiatif Kod Sukan Selamat di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

KBS tidak lulus peruntukan GPS, DSK jika enggan patuh Kod Sukan Selamat
Penganjuran sesebuah acara yang telah diluluskan turut dibatal jika diketahui ada penglibatan syarikat tembakau, rokok elektronik dan alkohol.

Kod Sukan Selamat: Tiada lagi isu disembunyikan 'bawah karpet' - ISN
ISN mempunyai peranan sebagai pihak yang beri kesedaran kepada atlet, jurulatih dan pihak berkepentingan menerusi program pendidikan awam.

Enggan insiden ibu bapa 'serang' pengadil berulang, Kod Sukan Selamat diperluas - Hannah
KBS akan memastikan pelaksanaan Kod Sukan Selamat diperluas ke peringkat akar umbi dalam usaha mewujudkan persekitaraan sukan yang selamat dan harmoni.

Kod Sukan Selamat pastikan ekosistem sukan yang selamat
Kod tersebut akan terpakai untuk semua kejohanan sukan termasuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 yang bermula 15 Julai nanti.

KBS, MSN bangunkan kod sukan selamat
Kod itu bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual di semua peringkat termasuk pusat latihan sukan.