KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan pelaksanaan Kod Sukan Selamat diperluas ke peringkat akar umbi dalam usaha mewujudkan persekitaraan sukan yang selamat dan harmoni bermula pada tahun depan.
Menterinya Hannah Yeoh berkata Kod Sukan Selamat adalah garis panduan perlu dipatuhi semua pihak yang terlibat dalam apa-apa acara, pertandingan dan kejohanan sukan termasuk ibu bapa.
Sebagai contoh, Hannah berkata beliau enggan lagi melihat insiden pengadil atau pasukan lawan diserang ibu bapa ketika sesuatu permainan sukan sedang berlangsung.
"Saya tak nak tengok video yang bila seorang anak kalah, ibu bapa marah pengadil, marah pasukan lawan (kerana) itu adalah persekitaraan sukan yang tidak selamat dan tidak sihat.
"Jadi tahun depan kita akan tekankan pelaksanaan Kod Sukan Selamat supaya semua yang terlibat tahu mengenai tanggungjawab masing-masing termasuk anak-anak kecil," katanya ketika ditemui pada kejohanan Pink Blitz Touch Rugby Porto '23 di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hannah berkata selain perlu menyediakan laporan sekiranya terdapat insiden pergaduhan, penganjur atau pihak sekolah juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan peraturan dan garis paduan diikuti semua pihak.
"Ibu bapa tak boleh masuk (ganggu perlawanan) dan cikgu-cikgu sekolah jangan takut pada ibu bapa. Kita nak pastikan ada trend untuk lapor dan ada tindakan yang diambil," katanya.
Pada masa sama, Hannah berkata KBS perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi melicinkan usaha pelaksanaan Kod Sukan Selamat di sekolah selepas mendapati kod itu tidak sampai ke pengetahuan keseluruhan pelajar.
Beliau berkata kesemua kes yang telah diterima KBS akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa peringkat tertinggi yang turut melibatkan KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam perkembangan lain, Hannah berkata KBS akan berjumpa dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bulan depan bagi menetapkan garis panduan berhubung pelepasan cukai untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Terdahulu, Hannah merasmikan kejohanan ragbi sentuh bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun di sini yang disertai 20 pasukan dari sekolah seluruh negara.
Pengarah kejohanan Abdul Hafiz Abdul Rahman berkata ia merupakan edisi sulung dan bercadang menjadikan sebagai acara tahunan dalam usaha mempromosikan lagi sukan itu dalam kalangan pelajar sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Hannah berkata Kod Sukan Selamat adalah garis panduan perlu dipatuhi semua pihak yang terlibat dalam apa-apa acara, pertandingan dan kejohanan sukan termasuk ibu bapa. - Gambar fail
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
19 kes berkaitan keselamatan atlet selesai - Hannah
Sebanyak 38 kes berkaitan keselamatan atlet diterima sejak 2021 menerusi inisiatif Kod Sukan Selamat di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Belanjawan 2025: KBS tidak abai atlet para, peruntukan disalurkan kepada MSN, JBSN
KBS tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.
Peruntukan RM15 juta buat FAM bukan untuk pembayaran gaji - Hannah
Hannah berkata peruntukan tersebut khas untuk mendapatkan jurulatih bagi memperkasa skuad Harimau Malaya dan pasukan yang berkenaan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia akan anjur pertandingan TVET - Hannah
KBS telah mengusulkannya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ia telah dipersetujui.
Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.
Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.
KBS salur RM4.6 juta kepada 10 negeri naik taraf saliran, rumput stadium utama
KBS menyalurkan geran berjumlah RM4.6 juta kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak di stadium utama negeri masing-masing.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
Hannah harap kejayaan Para SUKMA 2024 jadi inspirasi daftar anak OKU
Menurut rekod, hanya 700,000 kad OKU dikeluarkan setakat ini sedangkan dianggarkan lebih empat juta OKU masih belum berdaftar.