Kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 berharap bebas daripada kesalahan doping selepas tiada daripada atletnya didapati positif dalam ujian prapertandingan yang dijalankan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas).
Timbalan Ketua Kontinjen negara (Palembang) Datuk Dr S.S. Cheema berkata menerusi ujian pintar itu, kira-kira 60 peratus daripada jumlah 418 atlet telah diuji sebelum mereka berlepas dari Kuala Lumpur.
"Semuanya negatif sebelum mereka berlepas," kata Dr Cheema, yang juga pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti-Doping Majlis Olimpik Malaysia (MOM), kepada Bernama semasa ditemui di Lapang Sasar Menembak Jakabaring di sini, pada Rabu.
Doping yang merujuk kepada penggunaan ubat yang diharamkan sering menjadi antara kebimbangan utama selepas Malaysia diaibkan dengan penipuan doping dalam beberapa acara sukan beraneka atau multi-sports sebelum ini.
Pada April, pemenang pingat gangsa acara angkat berat Sukan Komanwel Gold Coast Mohamad Fazrul Azrie Mohdad didapati positif bagi stanozolol semasa ujian prasukan manakala pingat emas diraih penerjun negara Wendy Ng Yan Yee pada Sukan SEA 2017 ditarik balik selepas dia didapati positif bagi sibutramine. Pada Sukan Asia 2014, pingat emas acara wushu dimenangi Tai Cheau Xuen turut ditarik balik selepas dia didapati menggunakan sibutramine.
Sementara itu, Dr Cheema meminta Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) untuk melakukan kajian terhadap prestasi buruk atlet menembak dalam Sukan Asia selepas tiada seorangpun melepasi pusingan kelayakan.
"Mereka perlu pertimbangkan sama ada persekitaran dan kehadiran penembak bertaraf dunia di sini yang menyebabkan keadaan itu kerana, semasa latihan, semua atlet menembak kita melakukan dengan baik. Kekuatan mental dan fokus amat penting dalam sukan menembak," katanya.
Untuk rekod, dalam Sukan Asia sebelum ini di Incheon, Korea Selatan, skuad menembak Malaysia membawa pulang dua pingat perak dan satu pingat gangsa, pencapaian terbaik mereka setakat ini dalam temasya kedua terbesar di dunia itu selepas Olimpik.
"Satu hari mereka melakukan bidikan bull eye, hari esoknya bidikan mereka tersasar. Kita tidak boleh terlalu memberi tekanan kepada mereka. NSAM perlu buat post-mortem dan kenal pasti apa yang silap," katanya.
Berhubung seorang atlet Malaysia yang mengadu sakit perut, Dr Cheema berkata: "Ia bukan kes yang serius."
Sebanyak 96 atlet Malaysia berkampung di Palembang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 22 2018

Menerusi ujian pintar itu, kira-kira 60 peratus daripada jumlah 418 atlet negara telah diuji. - AFP PHOTO / FRANCK FIFE
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Atlet 'kantoi' doping perlu kemuka surat tunjuk sebab sebelum 11 Julai
Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lepas diberi tempoh hingga 11 Julai ini untuk menjawab surat tunjuk sebab daripada Agen

Dua atlet positif doping belum minta cabar sampel B - Adamas
Dua atlet negara didapati positif penggunaan bahan terlarang pada ujian yang dilakukan Jun lepas.

Atlet masih lalai penggunaan bahan terlarang dalam suplemen - ADAMAS
Atlet yang disabit kesalahan biasanya tidak tahu makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang.

Dua atlet angkat berat sah guna methylhexanamine
Dua atlet angkat berat yang gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia pada Sukan Malaysia Perak bulan lepas, disahkan mengambil bahan terlarang methylhexanamine.

Pegawai harap tiada kesalahan doping dalam kalangan atlet Malaysia
Kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 berharap bebas daripada kesalahan doping.

Hanya tiga kes positif doping pada 2017 - Khairy
Kes doping melibatkan atlet negara berjaya dikurangkan kepada tiga kes tahun ini berbanding 16 kes pada 2014.

'Terdapat atlet tempatan guna bahan terlarang'
Ketua Agensi Anti-Doping Malaysia Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz mengakui terdapat atlet tempatan yang positif menggunakan bahan terlarang.