KUALA LUMPUR: Pemain beregu utama wanita negara Pearly Tan kini memegang Rekod Dunia Guinness dengan pukulan 'smash' paling laju.
Beliau mengukir namanya di dalam buku rekod dunia itu untuk Kategori Pukulan Badminton Terpantas (Wanita) dengan kelajuan 438 kilometer sejam (km/j), kata Persekutuan Badminton Dunia (WBF) dalam halaman media sosialnya hari ini.
Rekod itu dicapai di sebuah gimnasium kilang Yonex Co. Ltd. di Saitama, Jepun pada 14 April lepas dan disahkan oleh hakim-hakim Rekod Dunia Guinness.
Pukulan 'smash' pemain berusia 23 tahun dari Kedah itu lebih laju daripada rekod kelajuan kereta Formula Satu (F1) iaitu pada 372.6 km/j
Pearly yang bergandingan dengan M. Thinaah kini berada di ranking ke-11 dunia.
Baru semalam, kedua-dua mereka diumumkan sebagai Pasukan Wanita Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2022 selepas memenangi pingat emas Sukan Komanwel Birmingham dan Terbuka Perancis dalam tahun yang sama.
Sementara itu, pemain badminton India Satwiksairaj Rankireddy memecahkan rekod pemain kebangsaan Tan Boon Heong dengan kelebihan 72 km/j dalam kategori lelaki, dengan pukulan 'smash' menakjubkan pada kelajuan 565 km/j.
Rekod sebelum ini yang dicipta Boon Heong dengan kelajuan 493 km/j pada Mei 2013 di kilang Yonex yang sama.
Yonex dalam laman sesawangnya berkata saat-saat impak pukulan 'smash' sebenar direkodkan menggunakan sebuah kamera berkelajuan tinggi.
"Halaju segera bulu tangkis selepas impak kemudian dikira daripada rakaman foto," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Rekod itu dicapai di sebuah gimnasium kilang Yonex Co. Ltd. di Saitama, Jepun pada 14 April lepas dan disahkan oleh hakim-hakim Rekod Dunia Guinness. - Gambar FB BAM
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pearly catat rekod dunia dengan pukulan 'smash' terlaju
Pemain beregu utama wanita negara Pearly Tan kini memegang Rekod Dunia Guinnesss dengan pukulan 'smash' paling laju.