KUALA NERUS: Pasukan Terengganu FC (TFC) dituntut supaya lebih fokus menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Jumaat ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Hishamuddin Abd Karim berkata beliau yakin skuad Penyu telah membuat persiapan terbaik untuk menghadapi pasukan gergasi bola sepak negara, JDT yang dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan berkenaan.
Bagaimanapun beliau berkata TFC tetap memiliki peluang sama sekiranya kekal fokus dan mempunyai ketahanan mental ketika beraksi di atas padang.
"Kita semua tahu JDT adalah pasukan serba lengkap dan mereka juga memiliki keupayaan dalam 'mengusik' emosi pemain lawan.
"Jadi saya harap mereka (TFC) kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan di atas padang dan pastikan tidak terpedaya dengan gangguan atas padang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud malam tadi selepas menyambut kepulangan pelumba cilik negara Qabil Irfan Azlan yang merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol baru-baru ini.
Kali terakhir skuad Penyu beraksi di pentas akhir Piala Malaysia ialah pada 2018 di bawah bimbingan jurulatih Irfan Bakti Abu Salim.
Bagaimanapun ketika itu TFC gagal membawa pulang piala berprestij itu selepas tewas 1-4 kepada Perak FC dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan di Stadium Shah Alam, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
Terengganu FC (gambar) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC pada 3 Nov lalu. Dengan kemenangan itu TFC bakal berdepan penyandang Piala Malaysia musim lepas, JDT pada 8 Dis ini. - Facebook Terengganu FC
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Liga Super: Kuching City kembali temui rentak kemenangan, Terengganu ikat Perak
Biarpun 'tempang' tanpa dua pemain selepas kad merah dilayangkan, ia tidak menjejaskan usaha Kuching City mengutip tiga mata berharga.
Nafuzi bangga KDA FC raih tiga mata walau pasukan dilanda kemelut
Ketua Jurulatih KDA FC Mohd Nafuzi Zain, meluahkan rasa bangga dengan persembahan pasukannya yang berjaya menewaskan Terengganu FC.
Selangor FC dan Terengganu FC sepakat tunda aksi
Ia susulan jadual padat Selangor FC yang akan memulakan aksi Liga Juara-Juara Asia 2 menentang Muang Thong United dari Thailand pada 19 Sept.
Liga Super: Terengganu diikat Sri Pahang 1-1
Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah terlebih dahulu menguji gawang lawan melalui sepakan percuma yang diambil Marin Pilj seawal minit kelima.
Akhyar Rashid muncul wira, pastikan TFC kutip tiga mata
Tuan rumah terdahulu dikejutkan dengan gol pertama pelawat menerusi pemain import dari Sepanyol, Mika Junco.
TFC turun harga tiket hargai penyokong
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan menurunkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC).
Bergeson ledak hatrik bantu JDT benam Terengganu 4-0
Jaringan hatrik penyerang berbisa Bergson da Silva membantu juara bertahan Liga Super membenam Terengganu FC 4-0.
TFC tidak jangka menang besar, bawa bekalan selesa ke Sabah
Badrul Afzan mengakui agak terkejut apabila pemainnya mampu berada dalam kedudukan selesa pada separuh masa pertama dengan empat jaringan.
Piala FA: Terengganu berpesta gol, Penang bawa bekalan tipis ke Alor Setar
Keputusan itu menyaksikan finalis Piala FA 2022 itu membawa bekalan selesa ke tempat lawan pada aksi suku akhir kedua 6 Julai depan.