Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan bahawa insentif untuk atlet para sama dengan atlet biasa.
“Kejayaan dan pengorbanan atlet para harus dihargai seperti atlet lain, bukan 30 peratus dari atlet ‘biasa’.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk berasa hanya 30 peratus bangga dengan mereka. Saya 100 peratus bangga dengan wira dan wirawati para kita. Mereka luar biasa,” kata Khairy dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
BACA: Negara berbangga pencapaian Mohamad Ridzuan, Muhammad Ziyad - PM
BACA: Penat lelah, usaha gigih mereka terbalas - CDM
Jelas Khairy, beliau mula tahu bahawa atlet para menerima insentif lebih sikit dari atlet biasa setelah bertemu atlet lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli tiga tahun lepas selepas kemenangan di Kejohanan Olahraga Dunia di Lyon, Perancis.
“Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata.
BACA: Pemenang pingat emas bakal terima Kia Sportage - Naza
BACA: Terima kasih Ridzuan dan Ziyad, kami bangga dengan kejayaanmu!
“Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luar biasa',” kata Khairy yang membawa isu ini ke Lembaga Majlis Sukan.
Buat masa ini, dua atlet Paralimpik negara mencipta sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio, Brazil.
Lebih membanggakan, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy) manakala Muhammad Ziyad pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru.
BACA: Bekas penjual kuetiau sumbang emas Paralimpik buat negara
Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.
Syafique Shuib
Sun Sep 11 2016
![Paralimpik Rio 2016: 'Saya 100 peratus bangga untuk mereka, bukan 30 peratus' - KJ Paralimpik Rio 2016: 'Saya 100 peratus bangga untuk mereka, bukan 30 peratus' - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81472038807_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy menegaskan tidak adik jika atlet para menerima insentif kurang dari atlet biasa. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716257949_MajlisSukanNegara.jpg)
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
![Kar Gee tambah koleksi emas negara di Dubai Kar Gee tambah koleksi emas negara di Dubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708063823_TBDUBAIAWARD.jpg)
Kar Gee tambah koleksi emas negara di Dubai
Wong Kar Gee mengungguli acara itu dengan melakukan lompatan sejauh 6.80 meter.
![Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703194891_SWDMulch.jpg)
Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para
Penubuhan Majlis Atlet dilihat mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.
![Peratusan OKU berdaftar rendah sukarkan usaha cungkil baharu atlet para - Hannah Peratusan OKU berdaftar rendah sukarkan usaha cungkil baharu atlet para - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702535323_TBHannahyeohjpg.jpg)
Peratusan OKU berdaftar rendah sukarkan usaha cungkil baharu atlet para - Hannah
Peratusan penduduk Malaysia berdaftar sebagai OKU yang rendah menyukarkan usaha mencungkil lebih ramai bakat baharu atlet para.
![Peruntukan bukan masalah utama tetapi pencarian bakat atlet para - Hannah Peruntukan bukan masalah utama tetapi pencarian bakat atlet para - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698703760_AtletPara.jpg)
Peruntukan bukan masalah utama tetapi pencarian bakat atlet para - Hannah
Hannah berkata, bagi sukan para, pencarian bakat adalah masalah yang lebih membimbangkan berbanding soal peruntukan.
![Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698284738_AbdulLatifRomly.jpg)
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
![MPM minta tambahan dana RM50 juta setahun bagi pembangunan sukan para MPM minta tambahan dana RM50 juta setahun bagi pembangunan sukan para](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697364914_TBMegatDShahriman.jpg)
MPM minta tambahan dana RM50 juta setahun bagi pembangunan sukan para
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berharap kerajaan akan menambah peruntukan dana kepada sekurang-kurangnya RM50 juta setahun bagi membolehkan program pembangunan atlet para.
![Skuad para negara bawa pulang tiga emas Skuad para negara bawa pulang tiga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687047163_ParaNegara.jpg)
Skuad para negara bawa pulang tiga emas
Nur Azlia Syafinaz yang dibantu Nurul Suhada pula membawa pulang emas dalam acara kejar-mengejar individu B.
![Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686443006_KontinjenSukanPara.jpg)
Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.
![Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686432190_ParaPulang.jpg)
Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.