KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Atlet oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berpotensi melonjak tahap kemajuan diri atlet para negara pada masa depan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata pihaknya yang menyambut baik inisiatif MPM itu, mahu melihat penubuhan Majlis Atlet mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.
"Saya harap penubuhan Majlis Atlet membawa lebih banyak manfaat kepada atlet para kita antaranya memberi platform terbaik buat mereka bukan sahaja dari segi kebajikan malah aspek kemajuan diri masing-masing," katanya kepada Bernama selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah Social Entrepeneurship For Rural Youth (SERY) 2023 di sini, malam tadi.
Pada Rabu, MPM mengumumkan Majlis Atlet akan diketuai perenang para wanita Carmen Lim selain dianggotai jaguh olahraga para Mohamad Ridzuan Puzi, perenang lelaki Jamery Siga dan Fraidden Dawan serta atlet boccia Noor Askuzaimey Mat Salim.
Misi majlis berkenaan ialah untuk menjadi suara bagi atlet para masa kini, masa depan dan yang telah bersara dalam lingkungan Pergerakan Paralimpik, selari hala tuju strategik MPM dan untuk menyokong atlet para Malaysia.
Dalam pada itu, Adam Adli berkata program SERY merupakan komitmen kerajaan bagi menyemarakkan inisiatif Rakan Muda melalui gaya hidup Rakan Niaga dalam menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu daripada bidang keutamaan belia.
Beliau berkata melalui program SERY, potensi belia juga dapat diperkukuh melalui latihan berstruktur serta komprehensif dengan elemen bimbingan dan pementoran.
"Hasilnya, idea-idea baharu perniagaan berjaya dibangunkan, masalah sosial dapat ditangani dan rangkaian kerjasama strategik dapat ditingkatkan sebagai pemangkin perubahan dan pembangunan dalam komuniti di luar bandar," katanya.
Sementara itu, kumpulan SWD Mulch dianggotai empat anak muda dari Sabah yang menghasilkan inovasi baja bagi meningkatkan tahap kesuburan tanah digunakan petani sekitar Kota Kinabalu, dinobatkan pemenang edisi kedua SERY.
Ketua kumpulan yang juga pelajar tahun kedua jurusan teknologi dan industri kayu dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Nur Maisarah Mizan, 21, berkata mereka mendapat idea penghasilan baja tersebut bagi mengelakkan lambakan sisa kayu serta rumpai laut tidak terpakai di Sabah terbiar begitu sahaja.
"Jika dibiarkan maka sisa kayu serta rumpai laut akan rosak. Bagi mengelakkan ia rugi, kami hasilkan inovasi yang secara tidak langsung membantu para petani di Sabah," katanya.
Selain hadiah plak kemenangan, kumpulan SWD Mulch turut membawa pulang wang tunai RM10,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Adam Adli hadir pada majlis penutup dan penyampaian hadiah Social Entrepeneurship For Rural Youth 2023 di Kuala Lumpur, malam tadi. - Facebook JBSNegara
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para
Penubuhan Majlis Atlet dilihat mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.