Bapa mana yang tidak berbangga apabila anaknya yang pernah menjual kuetiau di ibu kota dulu kini menjadi penyumbang emas kepada negara pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.
Itulah perasaan Zolkefli Othman yang jelas berbangga apabila anaknya Muhammad Ziyad mengotakan janji untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarganya dan negara dalam acara lontar peluru yang disertainya.
Lebih manis lagi kilauan emas itu merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran Zolkefli ke-62 pada 1 Sept lalu, pada hari beliau menghantar atlet paralimpik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Rio de Janeiro.
Muhammad Ziyad, 26, melalui acara F20 (masalah pembelajaran) turut mencipta rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau di temasya sukan berprestij itu pada Sabtu.
"Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 Sept lepas, hari itu adalah hari jadi saya. Dia ada berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya," kata Zolkefli kepada Bernama.
Seorang lagi atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi meraih emas pertama negara dalam acara 100m T36 lelaki (celebral palsy).
Zolkefli berkata ibu bapa yang mempunyai anak seperti Muhammad Ziyad perlu sentiasa mendekati anak masing-masing kerana mereka mempunyai kelebihan luar biasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata: "Ziyad tidak suka menyusahkan orang. Beliau sangat berdikari serta pandai memasak. Sebelum dia ke Majlis Sukan Negara, Ziyad berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman menjual kuetiau.
"Ziyad memang seorang anak yang tidak pernah putus asa dan rajin sejak zaman sekolah lagi. Ziyad memang suka kerja berat. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan, dia melakukan kerja bina rumah apabila cuti sekolah."
Beliau berkata Muhammad Ziyad, anak sulung daripada empat beradik, meminati sukan sejak zaman sekolah rendah dan menengah.
BACA: Paralimpik Rio: Malaysia lakar sejarah raih dua emas
BACA: Paralimpik Rio 2016: Terima kasih Ridzuan dan Ziyad, kami bangga dengan kejayaanmu!
"Saya masih ingat lagi anak saya bermula darjah lima baru tahu membaca. Ziyad dibantu oleh seorang guru wanita berbangsa India sehingga beliau mendapat nombor tiga dalam kelas ketika itu.
"Ziyad dikelilingi oleh orang yang sangat menyayanginya, kebolehannya ini juga adalah hasil bantuan gurunya berbangsa Cina di Kelantan. Sehingga kini gurunya itu masih mengikuti perkembangannya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2016

Ayah kepada atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad, Zolkefli Othman (kiri) dan ibu Siti Arfah (kanan) menunjukan potrek anaknya yang telah membanggakan negara memenangi pingat emas di Paralimpik Rio 2016. - Gambar Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.

Para SUKMA: Badrul Hisam lupakan YouTube, kutip ilmu Muhammad Ziyad
Badrul Hisam Musa kini mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada jaguh negara Muhammad Ziyad Zolkefli.

SUKMA 2024: Jonah pecah rekod temasya walau sakit bahu
Atlet meningkat naik dari Sarawak Jonah Chang Rigan melakukan lontaran sejauh 17.66 meter (m) untuk meraih pingat emas acara lontar peluru lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Jonah rangkul emas di All Comers, permulaan baik musim 2024
Atlet berusia 21 tahun mewakili Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak itu melakukan balingan sejauh 16.97 meter.

Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.

Lontar peluru: Jonah Chang Rohan pecah rekod kebangsaan
Atlet olahraga negara, Jonah Chang Rohan, memecahkan rekod kebangsaan dalam saingan lontar peluru.

Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.

Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Solo
Atlet berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga untuk muncul juara acara lontar peluru F20 (masalah intelektual).

Muhammad Ziyad tidak terima ganjaran SHAKAM - KBS
Ketetapan dibuat oleh KBS itu bukan sebagai hukuman kepada atlet berkenaan susulan terlepas peluang mempertahankan pingat emas.

POPM tidak cadang hukum Muhammad Ziyad, jurulatih
POPM menyanjung tinggi sikap kebertanggungjawaban Muhammad Ziyad serta jurulatihnya untuk terus berjuang dalam kejohanan akan datang.