Ratu terjun negara, Pandelela Rinong bakal mempertaruhkan gaya terjunan baharu dalam Kejohanan Terjun Piala Asia di Kuala Lumpur pada September ini.
Katanya, selepas sekadar meraih tempat kelima dalam acara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Terjun Dunia ke-18 di Korea Selatan, beliau mahu memberi saingan lebih sengit kepada pencabar dari negara lain.
"Peluang lebih besar dengan terjunan baharu sebab beberapa penerjun muda ketika ini guna darjah kesukaran yang tinggi, jadi saya tidak mahu lagi berada di zon selesa.
"China juga sudah tukar pasangan baharu yang lebih muda dan bertenaga jadi skuad Malaysia perlu berusaha lebih keras," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, pada Ahad.
Kejohanan itu menyaksikan Malaysia meraih dua slot ke Sukan Olimpik Tokyo apabila gandingan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee meraih tiket pertama ke Olimpik menerusi acara 10m platform seirama wanita.
Pandelela kemudian meraih tiket kedua Sukan Olimpik melalui acara 10m platform individu.
Pada masa sama, penerjun veteran Leong Mun Yee berharap selepas empat kali bertanding di Olimpik, satu pingat sekurang-kurangnya dapat berada dalam genggamannya nanti.
"Kelayakan kali ini agak susah tapi saya gembira dapat layak ke Olimpik lebih awal. Olimpik Tokyo bakal jadi pentas kelima untuk saya dan apa yang penting adalah jaga diri supaya tidak mengalami kecederaan sebab selepas layak, langkah seterusnya adalah meraih pingat," katanya.
Wendy Ng Yan Yee yang layak ke Olimpik Tokyo selepas meraih tempat kesembilan dalam pusingan akhir acara 3m papan anjal individu wanita menganggap cabaran akan menjadi lebih sukar selepas ini dan fokusnya adalah untuk meningkatkan prestasi pada kejohanan akan datang.
Dalam pada itu, jurulatih terjun negara Li Rui berkata beberapa prestasi penerjun negara semakin meningkat terutamanya Leong Mun Yee yang dilihat sudah berlatih bersungguh-sungguh, dan pencapaian yang diraih dianggap sebagai satu pulangan yang berbaloi.
Skuad terjun negara akan memulakan sesi latihan selama tiga minggu di Sichuan, China pada Ogos ini sebelum menghadapi Kejohanan Terjun Piala Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2019
PANDELELA: Peluang lebih besar dengan terjunan baharu sebab beberapa penerjun muda ketika ini guna darjah kesukaran yang tinggi, jadi saya tidak mahu lagi berada di zon selesa. - Gambar fail/BERNAMA
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Pandelela fokus terjunan baharu
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong bakal mempertaruhkan gaya terjunan baharu dalam Kejohanan Terjun Piala Asia di Kuala Lumpur pada September ini.