KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon bukan sekadar mahukan kemenangan malah menuntut jaringan gol yang besar pada perlawanan menentang Laos dalam saingan Kumpulan B kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Beliau berkata jumlah jaringan menentang Million Elephants esok dan perlawanan berikutnya menjadi amat penting bagi menentukan pasukan mana akan mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.
Malaysia mengutip tiga mata selepas menewaskan Myanmar 1-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan pada Rabu lepas, manakala Vietnam menang besar ke atas Laos 6-0.
"Sasaran kita, mesti menang (esok) dan jika kita mahu menamatkan saingan kumpulan di kedudukan teratas, kita perlu mengejar perbezaan gol. Vietnam sudah dapat enam jaringan manakala kita satu, dan kita kurang lima gol.
"Kita amat menghormati Laos kerana selepas kekalahan besar, mereka pasti bangkit lebih kuat. Tentu mereka tidak mahu kalah lagi. Kita perlu lebih kuat berdepan Laos untuk capai sasaran kita," katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.
Pan Gon mengingatkan anak buahnya agar tidak mengambil pertemuan dengan Laos secara sambil lewa kerana skuad bimbingan Michael Weiss itu pastinya akan menjadi lawan yang sukar.
"Mereka akan kawal bola dan tidak bagi kita ruang. Kita perlu fokus, tepat dan bersungguh-sungguh. Sudah pasti satu perlawanan yang agak sukar tapi jika kita patuh dengan cara kita, saya yakin kita mampu lakukannya dengan baik," kata jurulatih berusia 53 tahun itu.
Sementara itu, pemain tengah skuad Harimau Malaya Brendan Gan berkata skuad negara sentiasa mencipta peluang untuk menjaringkan seberapa banyak gol dalam setiap perlawanan namun kadang-kadang tidak seperti diharapkan.
Beliau berkata pasukan perlu ikut arahan diberikan jurulatih jika mereka mahu mencapai keputusan yang diinginkan.
"Kita tidak perlu risau tentang bagaimana corak permainan Laos atau terperangkap dalam corak permainan lawan. Kita perlu fokus tentang pasukan kita dan mampu melaksanakan gaya permainan yang telah diberikan oleh jurulatih," kata pemain Selangor FC itu.
Malaysia tidak pernah tewas kepada Laos dalam saingan Piala AFF dan pada pertemuan terakhir dalam saingan kumpulan edisi lepas, skuad Harimau Malaya menang 4-0.
Selepas menerima kunjungan Laos, Malaysia akan berdepan dua pesaing sukar Vietnam di Hanoi pada Selasa depan sebelum menerima kedatangan Singapura pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 3 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Beliau berkata skuad Harimau Malaya perlu mengikut arahan diberikan jurulatih jika mereka mahu mencapai keputusan yang diinginkan.- BERNAMA
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.