PALESTIN menyingkap kempen Kumpulan I, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan keputusan seri 0-0 ketika berdepan Lubnan di Stadium Khalid bin Mohammed, Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis.
Perlawanan dimainkan tanpa penyokong di UAE - gelanggang berkecuali akibat konflik Israel-Gaza - yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Beirut.
Namun tindak balas Israel terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober menyebabkan pegawai menukar perlawanan ke Sharjah.
Kedua-dua pasukan telah bertemu enam kali menyaksikan rekod dikuasai Palestin dengan tiga kemenangan, dua keputusan seri dan satu kemenangan berpihak Lubnan.
Dari segi jaringan, rekod itu turut dikuasai Palestin dengan lapan gol berbanding lima gol Lubnan.
Sebelum perlawanan, seluruh pasukan Palestin memakai keffiyeh tradisional, selendang hitam dan putih berkotak-kotak, ketika lagu kebangsaan dinyanyikan dan berdiam diri seminit bagi mereka yang terkorban dalam konflik sebelum sepak mula.
Palestin memulakan permainan dengan baik walaupun latihan pusat bermula empat hari lalu.
Kapten Lubnan, Hassan Maatouk mempunyai peluang pertama selepas 12 minit, namun rembatan jarak jauhnya tersasar.
Atta Gaber kemudian membalas untuk Palestin dengan tandukan ketika perlawanan 30 minit berlalu.
Karim Darwich terlepas peluang baik untuk Lubnan tiga minit separuh masa kedua namun Palestin, yang menduduki ranking ke-94 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), menyaingi hasil rembatan Tamer Seyam yang diselamatkan penjaga gol Lubnan, Moustafa Matar.
Pemain Lubnan, Ali Al Haj berjaya melakukan percubaan hampir menerjah jaring Palestin selepas 87 minit sebelum Matar menyelamatkan sepakan jarak dekat Oday Dabbagh dengan kakinya yang diregangkan pada minit akhir.
Palestin sebelum ini menjadikan Stadium Faisal Al-Husseini Al-Ram di Tebing Barat sebagai venue, namun mereka akan bertemu Australia bagi aksi Kumpulan I di Kuwait pada 21 November. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 16 2023

Pemain Lubnan dan Palestin berjabat tangan sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia kumpulan I di Stadium Khalid Bin Mohammed, Sharjah, UAE, 16 Nov 2023. REUTERS.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan
Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Malaysia kekal konsisten pertahan hak Palestin - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan juga kekal teguh dengan hak Palestin dan rakyatnya untuk membangunkan semula negara itu secara bebas.