Pendatang baru Liga Super musim ini, Pahang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatatkan kemenangan tipis, 3-2 ke atas pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.
Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-10 sebelum bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha menambah gol kedua pada minit ke-25.
Skuad Tok Gajah yang tidak berputus asa bangkit mengurangkan defisit jaringan menerusi Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-48 sebelum beliau mencipta gol peribadi kedua pada minit ke-72.
R.Surendran muncul wira pasukan Pahang dengan gol kemenangan pada minit ke- 82 untuk membolehkan mereka mengutip tiga mata pertama sekaligus menerajui takhta Liga Super.
Turut mencatatkan kemenangan ialah Selangor yang menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan S. Kunalan pada minit ke-68.
Perak turut mengutip tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil kelab dari Terengganu, T-Team di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.
Gol berkenaan hasil jaringan pemain T-Team sendiri iaitu Muhd Nuraliff Zainal Abidin pada minit-minit akhir perlawanan.
Terdahulu, pada perlawanan sebelah petang, Terengganu dan Felda United berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Penyerang import skuad 'The Settlers' dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-53 sebelum Ismail Faruqi menyamakan kedudukan untuk skuad Penyu, lima minit kemudian.
Dua perlawanan Liga Super akan berlangsung malam esok melibatkan pertemuan Kelantan menentang Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, manakala juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2013, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melayan kunjungan Lions XII dari Singapura di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Bernama
Tue Jan 08 2013
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
#jdtbvb: 'Mutu bola sepak kita masih jauh di belakang' - Netizen
Ramai yang meminta agar kekalahan itu dijadikan pengajaran dan sesuatu harus segera dilakukan agar mutu bola sepak negara dipertingkatan.
'Jangan guna pemain JDT' - Netizen sokong pendirian TMJ
Lima pemain dari pasukan tersebut tersenarai dalam kesebelasan utama, manakala dua lagi dalam senarai pemain simpanan.