Antara hashtag yang mendapat tempat semalam adalah #jdtbvb, sempena berlangsungnya perlawanan persahabatan antara kelab Johor Darul Takzim FC (JDT) dan Borussia Dortmund (BVB), antara kelab bola sepak paling terkemuka di dunia dari Jerman.

Dengan status yang dimiliki BVB, ramai yang melihat kekalahan 1-6 JDT kepada kelab berkenaan bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

Sebaliknya, mereka menganggap usaha Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, membawa pasukan berkenaan untuk menentang JDT adalah sesuatu yang wajar dipuji.

Kata mereka, ia sekurang-kurangnya memberi pengalaman dan pendedahan baru kepada pemain tempatan.

JDT 1


JDT 2


JDT 3


Pun begitu, ramai juga yang beranggapan keputusan perlawanan itu sebagai satu tamparan hebat buat skuad elit berkenaan. Ini berikutan majoriti pemain JDT adalah pemain kebangsaan.


JDT 4


JDT 5


JDT 6

Justeru, kekalahan berkenaan dianggap mereka sebagai kayu ukur kepada tahap sebenar bola sepak di Malaysia.

Ramai yang meminta agar kekalahan itu dijadikan pengajaran dan sesuatu harus segera dilakukan agar mutu bola sepak negara dapat dipertingkatkan.