PENGENDALI Arsenal, Unai Emery, yakin 100 peratus Mesut Ozil dan Sead Kolosinac kini bersedia untuk kembali beraksi selepas direhatkan demi keselamatan kedua-dua pemain tersebut.
Ozil dan Kolosinac merupakan mangsa insiden cubaan merompak kereta bulan lalu dan terlepas kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United ketika perlawanan pembukaan musim ini tetapi kini telah kembali menjalani latihan.
Rakaman video memaparkan Kolosinac cuba bertarung dengan dua orang penyerang bertopeng yang cuba mendekati kereta yang dipandu Ozil.
Mereka tampil dalam aksi pramusim sewaktu tewas 2-1 di tangan Barcelona pada 4 Ogos lalu tetapi terpaksa diketepikan selepas itu atas faktor keselamatan.
Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu kembali memperkuatkan pasukan menjelang pertemuan dengan Burnley esok dan Emery akan membuat keputusan saat akhir sama ada mahu menggunakan khidmat mereka atau tidak tatkala Ozil mungkin terlepas akibat jangkitan.
"Mereka kembali berlatih bersama kami kelmarin. Ozil tidak begitu sihat, jadi dia tidak dapat berlatih semalam," kata pengendali itu.
"Setiap sesi latihan memberikan kami maklumat yang bagus serta pilihan berbeza bersama mereka. Adakah saya teruja melihat mereka kembali? Sudah tentu.
"Jika mereka berlatih secara konsisten setiap hari, saya akan buat keputusan dan mendapatkan penyelesaian terbaik. Sesuatu positif apabila mereka bersama kami ketika ini.
"Adakah mereka bersedia? Ya, 100 peratus. Mental mereka fokus buat kami, untuk latihan dan perlawanan.
"Fokus saya adalah bertindak positif dan memastikan pemain 100 peratus memikirkan tentang segalanya di sini. Saya mahu membantu mereka bertindak normal bersama kami dan berlatih serta memikirkan setiap perlawanan dengan penuh fokus."
Minggu lalu, dua lelaki didakwa atas serangan di khalayak ramai berhubung insiden di luar rumah Ozil, berasingan dengan cubaan merompak kereta.
Dua lelaki tersebut dilaporkan terlibat dengan perbalahan bersama staf keselamatan.
Astro Arena
Fri Aug 16 2019

Ozil dan Kolosinac merupakan mangsa insiden cubaan merompak kereta bulan lalu dan terlepas kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United ketika perlawanan pembukaan musim ini. - Astro ARENA

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Mikel Merino tak sangka jadi penyerang bidan terjun
Merino menjadi pemain Arsenal pertama yang menjaringkan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL.

Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.

Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.

EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.

UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.