JAGUH Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, menegaskan bahawa dia akan bangkit susulan kekalahan pertamanya ketika menentang juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat.


Ringkasan AI
  • Muhamad Johan Ghazali Zulfikar menegaskan akan bangkit selepas kalah dari juara Muay Thai Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat.
  • Walaupun berbeza usia hampir 17 tahun berbanding lawannya, semangat Jojo tidak luntur dalam pertarungan.
  • Meskipun kalah, Jojo menyatakan ia hanya satu halangan kecil dan dia akan bangkit selepas ini.


Berdepan perbezaan jurang usia yang hampir 17 tahun, ia ternyata tidak mematahkan semangat Jojo berdepan petinju Muay Thai berpengalaman itu.

Namun, Tran Duy menamatkan rekod kemenangan 5-0 Jojo menerusi keputusan juri selepas aksi tiga pusingan di Bangkok, pagi tadi.

"Saya mengalami kekalahan sebelum ini dan ia merupakan sebahagian daripada proses kehidupan.

"Jangan hanya menilai persembahan saya ketika saya peroleh kemenangan. Semua orang perlu menyaksikan kebangkitan saya selepas ini.

"Terima kasih atas sokongan semua, ini hanyalah satu halangan kecil dalam perjalanan dan saya akan bangkit. Terima kasih semua," kata atlet berusia 17 tahun itu dalam satu hantaran di laman Instagramnya pada Sabtu. - Stadium Astro