KUALA LUMPUR: Atlet gimnastik Jeremiah Loo Phay Xing yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo, adalah satu contoh mengapa seseorang itu tidak boleh mudah berputus asa.
"Saya mahu berhenti", merupakan antara kata-kata yang sering dinyatakan Jeremiah, selepas beliau alami kecederaan bahu yang teruk ketika latihan pada Jun 2019.
Namun, berkat usaha jurulatih gimnastik lelaki negara Ng Shu Liang, beliau berjaya memujuk atlet itu untuk tidak bersara awal, sebaliknya terus mengalakkan beliau untuk terus berlatih bersungguh-sungguh.
Ketika Jeremiah alami kecederaan, Shu Liang berkata, beliau hanya mempunyai satu tugas - 'membina semula' atlet gimnastik berusia 23 tahun itu, dan pastikan beliau kembali beraksi.
"Walaupun cedera, Jeremiah terus mewakili Malaysia pada Sukan SEA Manila 2019, dan menyebabkan kecederaan bahunya semakin teruk. Walaupun beliau seorang atlet yang bagus, namun beliau kecewa selepas gagal membawa pulang sebarang pingat untuk Malaysia di Manila.
"Kemudian bermulalah proses pemulihan beliau selepas Sukan SEA, sehingga beliau pulih Ogos lepas, sememangnya ia satu tempoh yang sukar untuk Jeremiah, kerana beliau hampir berhenti dari gimnastik," kata Shu Liang kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Jurulatih berusia 38 tahun itu menjelaskan, beliau tidak pernah berputus asa dengan Jeremiah, dan terus menggalakkan beliau: "Kerana saya nampak potensi besarnya dan kualiti baik yang menjadikannya seorang daripada atlet gimnastik negara yang terbaik."
"Saya telah melakukan usaha yang banyak bagi meyakinkan Jeremiah untuk kekal - saya tidak pernah putus asa dengannya," kata Shu Liang.
Keyakinan dan kesabaran Shu Liang akhirnya membuahkan hasil, selepas Jeremiah yang berasal dari Pulau Pinang itu, layak ke Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung dari 23 Julai ke 8 Ogos.
Setiausaha Agung Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Afrita Ariany Nasril dalam satu kenyataan lewat malam tadi, mengesahkan slot Jeremiah untuk acara 'all-around' lelaki, berdasarkan kepada keputusan penyertaannya di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Stuttgart, Jerman pada Oktober 2019.
Dalam keadaan bahunya yang cedera, Jeremiah menduduki tempat ke-87 dengan 76.664 mata dalam acara 'all-around' dalam kelayakan pada kejohanan dunia itu, yang menjadi kejohanan kelayakan ke Tokyo.
Jurulatih kelahiran Perak itu mengakui, yang beliau terkejut apabila menerima berita kelayakan Jeremiah ke Tokyo, menerusi seorang rakan, malam tadi.
"Saya minta Jeremiah untuk turun ke lobi, untuk berkongsikan berita baik itu," kata Shu Liang yang ketika ini tinggal di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, untuk latihan berpusat dalam kuarantin.
Shu Liang yang menganggap kelayakan Jeremiah itu, satu kejayaan besar untuk atlet itu sejak beliau mula menjadi jurulatih kebangsaan pada 2007 berharap, atlet itu akan dapat mengatasi mata abangnya Ng Shu Wai, 54.649 dan menduduki tempat ke-38 daripada 98 gimnastik dalam acara 'all-around' pada pusingan kelayakan Olimpik Athens 2004.
Shu Liang menyasarkan Jeremiah untuk sekurang-kurangnya mencatatkan 78 atau 79 mata pada acara itu di Pusat Gimnastik Ariake di Tokyo. (Acara all-around lelaki mempunyai enam displin. 24 gimnas terbaik akan layak ke peringkat akhir all-around.)
Dengan kelayakan Jeremiah, Malaysia kini mempunyai 24 atlet dari lapan jenis sukan, termasuk ratu gimnastik artistik Farah Ann Abdul Hadi bertanding di Tokyo, dengan beberapa lagi atlet kebangsaan masih menunggu untuk layak ke sukan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Ketika Jeremiah (gambar) alami kecederaan, Shu Liang berkata, beliau hanya mempunyai satu tugas - 'membina semula' atlet gimnastik berusia 23 tahun itu, dan pastikan beliau kembali beraksi. - Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.
Olimpik Tokyo: Saya tidak putus asa dengan Jeremiah - Jurulatih
Berkat usaha jurulatih gimnastik lelaki negara Ng Shu Liang, beliau berjaya memujuk atlet itu untuk tidak bersara awal.