TOKYO: Selepas berhadapan ketidaktentuan dan banyak cabaran di tengah-tengah pandemik COVID-19 global, temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula secara tidak rasmi pada Rabu, dua hari sebelum perasmiannya pada Jumaat.
Pertandingan bermula dengan acara sofbal wanita di Stadium Fukushima Azuma, wilayah yang teruk dilanda malapetaka nuklear selepas gempa bumi pada 2011.
Selaku tuan rumah dan juara bertahan, Jepun memenangi perlawanan pembukaan dengan selesa, menewaskan Australia 8-1, sementara Amerika Syarikat (AS) menundukkan Itali 2-0 dan Kanada mengalahkan Mexico 4-0.
Kali terakhir sofbal dipertandingkan di Olimpik ialah pada edisi Beijing 2008, dengan Jepun membawa pulang pingat emas sementara AS dan Australia masing-masing memperoleh perak dan gangsa.
Pada perlawanan bola sepak wanita yang bermula petang tadi, Ellen White menyumbat dua gol pada minit ke-17 dan ke-72 untuk membantu Great Britain menewaskan Chile 2-0 di Sapporo Dome sementara pemenang pingat perak edisi sebelum ini mengalahkan AS 3-0 di Stadium Tokyo dalam perlawanan Kumpulan G.
Cabaran Malaysia di temasya sukan terbesar dunia itu bermula Jumaat ini dalam acara memanah dengan Syaqiera Mashayikh memulakan bidikan busurnya untuk pusingan ranking individu wanita pada pukul 9 pagi waktu Jepun (8 pagi waktu Malaysia) diikuti Khairul Annuar Mohamad untuk pusingan ranking individu lelaki 1 tengah hari waktu Jepun (12 tengah hari waktu Malaysia).
Acara pembukaan dijadualkan pada pukul 8 malam (7 malam waktu Malaysia) Jumaat ini dengan perbarisan pegawai dan atlet dengan jumlah terhad di dalam Stadium Olimpik yang hampir kosong di tengah-tengah kebimbangan terhadap pandemik COVID-19.
Dengan lebih 11,000 atlet dan pegawai dijangka menyertai Olimpik, penganjur mengesahkan pada Rabu sejumlah 81 kes COVID-19 berkaitan temasya sukan itu disahkan sejak 1 Julai.
Atlet yang disahkan positif perlu menarik diri daripada pertandingan sementara kontak rapat akan diasingkan dan dianalisis sebelum keputusan sama ada boleh bertanding atau tidak dikeluarkan.
Sukan Olimpik yang ditangguhkan selama setahun dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Penganjur mengesahkan pada Rabu sejumlah 81 kes COVID-19 berkaitan temasya sukan itu disahkan sejak 1 Julai. - Stadium Astro
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut
Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran daripada wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16.
RTG: Shah Firdaus tak jangka tersenarai
Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak menyangka tersenarai dalam program RTG bagi memburu emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Pandelela: MSN nafi laporan pegawai ISN tidak bantu atlet di Olimpik Tokyo
Laporan akhbar mendakwa Pandelela berkata pegawai ISN tidak memberikan sokongan kepada atlet kebangsaan semasa Olimpik Tokyo tidak benar.
Atlet wanita terus berada di puncak kecemerlangan di sebalik pelbagai cabaran
Beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi atlet wanita negara semakin menyerlah baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Pandelela tamat saingan di tempat keenam Piala Dunia 2022
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg menamatkan saingan di tempat keenam acara 10 meter (m) platform wanita di Piala Dunia FINA 2022 di Berlin, Jerman, awal pagi ini.
Azizulhasni tolak tawaran lumayan, kemasyhuran demi Malaysia
Azizulhasni mendedahkan beberapa kali menolak peluang berlumba di Eropah dan Jepun yang menawarkan keuntungan besar serta kemasyhuran, demi komitmennya terhadap negara tercinta.
Parlimen: KBS tetap jalankan siasatan lanjut isu Muhammad Ziyad
KBS bersependapat dan percaya dengan pendirian Muhamad Ziyad bahawa dakwaan beliau tiba lewat adalah dakwaan yang tidak berasas.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Kerajaan Terengganu sedia bantu Azizulhasni pertahan jurulatih - Menteri Besar
Menteri Besar Terengganu beri komitmen perjuangkan Datuk Azizulhasni dapat khidmat jurulatih terbaik sepertimana dikehendaki.
Rumah, wang tunai RM50,000 ganjaran buat Azizulhasni dari kerajaan Terengganu
Kerajaan Terengganu hadiah sebuah kediaman bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000 buat pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.