Bekas olimpian atau pengurusan tertinggi persatuan bagi sukan yang layak ke temasya Sukan Olimpik. Itu dua pilihan yang menjadi keutamaan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mengisi kekosongan chef de mission (CDM) kontijen negara ke temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio nanti.

Sehingga kini teka teki mengenai siapa CDM Malaysia seterusnya yang akan mengetuai kontinjen Malaysia ke Olimpik 2016 masih belum terjawab.

Malah Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi ketika diajukan soalan berkenaan memaklumkan pihaknya belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

Namun dia memberikan bayangan awal individu yang bagaimana akan menjadi keutamaan untuk mengisi kedudukan itu.

Tan Sri Dr M. Jegathesan adalah bekas olimpian terakhir dilantik MOM jadi CDM dimana dia ketika itu mengetuai kontinjen negara ke temasya Sukan Olimpik 2004 di Athens.

Selain bekas olimpian, Kok Chi turut memaklumkan, seperti biasa individu daripada pengurusan persatuan bagi acara sukan yang layak ke Olimpik juga boleh dilantik sebagai CDM kali ini.