Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik mendapat habuan pertama susulan meraih pencapaian membanggakan dalam sukan badminton yang menyaksikan mereka bertiga bakal memenangi hadiah lumayan. - Foto BERNAMA
PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mendapat habuan pertama susulan meraih pencapaian membanggakan dalam sukan badminton yang menyaksikan mereka bertiga bakal memenangi hadiah lumayan.
Sebuah jenama kenderaan, Chery Malaysia mengumumkan ketiga-tiga atlet negara itu akan membawa pulang sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro sebagai salah satu ganjaran selepas mencipta kejayaan mengukir nama dalam temasya berprestij itu.
Dalam masa sama, Chery Malaysia turut menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro. -
Stadium Astro Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini