PARIS: Skuad lawan pedang wanita Amerika Syarikat (AS) merangkul pingat emas menerusi acara foil berpasukan dalam Olimpik Paris buat kali pertama pada Khamis.

Pasukan AS itu menewaskan juara empat kali Itali dengan mata 45-39, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

AS yang sebelum ini tidak dikenali sebagai kuasa besar sukan lawan pedang dibantu oleh persembahan cemerlang pemenang pingat emas individu Paris, Lee Kiefer dan pemenang perak, Lauren Scruggs dalam acara berpasukan.

Kejayaan di Grand Palais itu melonjakkan kedudukan AS ke puncak carta pingat lawan pedang selepas sembilan daripada 12 pertandingan.

Jepun sebelum itu mengalahkan Kanada 33-32 dalam penentuan pingat gangsa.

-- BERNAMA