KUALA LUMPUR: Atlet luncur Alpine negara, Aruwin Idami Salehhuddin menamatkan cabaran pertama di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dengan berada dalam kelompok terbaik 40 pada saingan Run 2 acara giant slalom wanita hari ini.
Walaupun tidak dapat membawa pulang sebarang pingat, Aruwin layak menerima pujian apabila beliau berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-46 dalam Run 1 awal hari ini kepada tempat ke-38 daripada 60 peluncur salji dengan catatan masa dua minit 12.28 saat (s) untuk kedua-dua Run 1 dan Run 2.
Dalam Run 2, atlet berumur 17 tahun itu kelihatan tenang dan tidak jatuh atau tergelincir semasa meluncur menuruni laluan curam di Pusat Ski Alpine Nasional di barat laut Yanqing, China, mencatatkan masa satu minit dan 06.15 saat.
Atlet muda yang mencipta sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk itu, sebelum ini mencatatkan 1:06.13s dalam Run 1.
Sementara itu Sara Hector yang muncul peluncur terpantas Run 1, meneruskan penguasaannya dalam Run 2 apabila atlet dari Sweden itu meluncur laju untuk merangkul pingat emas dengan catatan masa 1:55.69s secara keseluruhan.
Sementara itu pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018, Federica Brignone dari Itali mucul sebagai peluncur kedua terpantas untuk memenangi perak (1:55.97s) manakala atlet Switzerland, Lara Gut-Behrami terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa (1:56.41s).
Cabaran Aruwin dalam temasya sukan ini masih belum berakhir, kerana beliau masih berpeluang membuktikan kehebatan dalam acara slalom wanita pada hari Rabu (9 Feb) ini.
Seorang lagi peluncur Alpine negara, Jeffrey Webb, yang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 (di Korea Selatan) dijadual bertanding dalam acara slalom lelaki pada 16 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022

Aruwin layak menerima pujian apabila dia berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-46 dalam Run 1 awal hari ini kepada tempat ke-38 daripada 60 peluncur salji.- Foto Facebook/Olympic Council of Malaysia
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24 di Beijing ditutup
Acara penutup berlangsung di Stadium Sarang Burung, Beijing.

Olimpik Musim Sejuk: Tekanan serta kesilapan punca Valieva terlepas pingat
Remaja itu jatuh tiga kali dan kecewa selepas gagal mendapat tempat di podium, dengan markah 141.83 untuk rutin terakhirnya -- dan 224.09 keseluruhan -- memaksanya berada di tempat keempat.

COVID-19: Bandar Huludao, China laksana saringan besar-besaran
Orang ramai tidak dibenarkan meninggalkan bandar tanpa keputusan ujian COVID-19 negatif dalam tempoh 24 jam.

Olimpik Musim Sejuk: Bing Dwen Dwen dapat sambutan menggalakkan
Kilang yang menghasilkan patung mainan itu juga dikatakan tidak menang tangan untuk berusaha mengeluarkan produk tersebut.

Olimpik Musim Sejuk: ITA sahkan Valieva positif bahan terlarang
Atlet berusia 15 tahun itu membantu pasukan luncur ais Jawatankuasa Olimpik Rusia memenangi pingat emas Isnin lalu.

Olimpik Musim Sejuk 2022: Aruwin pamer aksi cemerlang
Peluncur ais Negara, Aruwin Salehhuddin meraih keputusan membanggakan dalam penampilan sulung pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Olimpik Musim Sejuk: Aruwin dalam kelompok 40
Aruwin menamatkan cabaran pertama di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dengan berada dalam kelompok terbaik 40 pada saingan Run 2 acara giant slalom wanita hari ini.

Ahmad Faizal tiup semangat dua atlet Malaysia
Ahmad Faizal berkata beliau cukup bangga dengan pencapaian atlet negara yang akan berjuang di pentas Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

Olimpik Musim Sejuk: Aruwin tenang hadapi aksi pertama
Dia di samping seorang lelaki peserta, Jeffrey Webb, merupakan kontinjen kelima dalam upacara perasmian malam tadi.

Diplomat India boikot upacara Olimpik Musim Sejuk Beijing
Kuasa usaha Kedutaan India di Beijing tidak akan menghadiri majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.