LIAONING: Sebuah bandar di wilayah Liaoning, timur laut China melaksanakan ujian saringan besar-besaran pada Ahad dan mengenakan sekatan trafik berikutan wabak COVID-19.

Bandar Huludao, 430 kilometer dari Beijing di mana Sukan Olimpik Musim Sejuk sedang berlangsung, telah mengesan 43 kes COVID-19 tempatan dalam kalangan 2.75 juta penduduknya pada minggu lalu.

Menurut media rasmi, orang ramai tidak dibenarkan meninggalkan bandar tanpa keputusan ujian COVID-19 negatif dalam tempoh 24 jam.

China menggunakan pendekatan "toleransi sifar" terhadap wabak itu.

Dasar ini memerlukan langkah-langkah yang ketat digunakan walaupun hanya sebilangan kecil kes ditemui.

Tanah besar China melaporkan 67 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, terdiri daripada 28 kes tempatan dan 39 kes import.