NILAI: Pelumba berbasikal lebuh raya negara Nur Aisyah Mohamad Zubir berharap diberikan kelengkapan dan peralatan baharu bagi menghadapi saingan di Sukan Olimpik Paris 2024, Julai depan.
Pelumba kelahiran Terengganu berusia 26 tahun itu berkata peralatan groupset (gear, brek) dan bahagian tayar memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pada perlumbaan yang turut disertai pelumba wanita terkemuka dunia.
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama negara beraksi di pentas Olimpik itu, ketika ini menggunakan kelengkapan yang dianggap sudah ketinggalan berbanding peralatan lebih canggih digunakan pencabar lain pada temasya berprestij itu nanti.
"Kita pun tahu nak lawan pelumba terbaik dunia, mereka pakai kelengkapan terbaik. Kalau kita pakai bawah daripada mereka, ia menyukarkan kita untuk lawan. Peralatan pun memainkan peranan... dalam 30 peratus.
"Saya harap dapat (kelengkapan baharu) sebelum bertolak ke Belgium pada Mei ini untuk kem latihan terakhir, yang turut mempunyai beberapa kejohanan peringkat Eropah kerana perlu menyesuaikan diri dengan peralatan berkenaan," katanya kepada pemberita di Velodorm Nasional hari ini.
Beliau ditemui selepas lawatan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin dan timbalannya Datuk Nicol David di sini.
Menurut Nur Aisyah, hasratnya itu telah disampaikan kepada Hamidin ketika pertemuan hari ini dan mendapat jawapan yang positif.
Mengenai latihan menjelang temasya lima tahun sekali itu, Nur Aisyah berkata pada masa ini tumpuan diberikan untuk meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan sebelum menyertai Jelajah Biwase Vietnam pada 6 hingga 15 Mac, diikuti kem latihan selama dua minggu di Chiang Mai, Thailand dan Jelajah Thailand pada 8 hingga 10 April sebelum ke Belgium.
"Perlumbaan di Vietnam menjadi pengukur prestasi sebelum ke kejohanan lain kerana laluan di Paris hampir 160km, dan sangat mencabar. Saya melakukan latihan agak keras untuk memberikan yang terbaik kerana Olimpik ibarat peluang sekali seumur hidup," katanya.
Sementara itu, jurulatih kebangsaan Amir Mustafa Rusli, yang gembira melihat peningkatan ditunjukkan oleh anak buahnya berkata, pihaknya tidak mahu tergesa-gesa dalam meningkatkan kesukaran program latihan.
"Komitmen yang diberikannya bagus, kita akan meningkatkan kesukaran secara berfasa. Sepanjang bulan ramadan, kita akan sibuk dengan pertandingan dan latihan di luar negara, mahu atau tidak, terpaksa bekerja keras untuk Olimpik.
"Buat masa ini, memang fokus latihan ketahanan dan kekuatan. Bila tiba di Vietnam nanti, boleh masuk kelajuan. Saya dah memantaunya sejak dua tiga tahun ini, memang seorang pelumba yang kental dan lasak, boleh membuat keajaiban," katanya.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada November lepas, mengumumkan Nur Aisyah sebagai wakil negara ke Paris, selepas mendapat makluman daripada Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) bahawa Malaysia mendapat satu slot sebagai wakil Asia dalam acara lebuh raya wanita berdasarkan ranking.
Nur Aisyah pernah meraih dua perak menerusi acara lepas beramai-ramai individu dan berpasukan dan satu gangsa acara kriterium di Sukan SEA Hanoi 2021, serta dua gangsa bagi acara lepas berama-ramai individu dan kriterium pada Sukan SEA Kemboja, Mei lepas.
Di Sukan Asia Hangzhou, China, Nur Aisyah menamatkan saingan di tempat ke-11 acara lepas beramai-ramai selain konsisten dalam kedudukan 10 teratas bagi Jelajah Biwase Vietnam 2023 serta Jelajah Thailand 2022 dan 2023, selain enam emas di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Hamidin (tengah) bergambar bersama Nur Aisyah (dua dari kiri) selepas membuat pertemuan bagi persiapan sempena Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional hari ini. - Bernama
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Situasi banjir di Terengganu tidak berubah pagi ini
Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah dengan 29 mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman, setakat 8 pagi ini.
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Manchester City
Lanjutan kontrak itu menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Jumlah pemegang sijil halal pengusaha perniagaan meningkat
Setakat 10 november, sebanyak 1,926 syarikat yang mewakili 10,814 premis makanan sudah menerima sijil halal melalui skim premis halal.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
'Piecemeal' lewat terima bayaran isu terpencil - RTM
Isu kelewatan bayaran perkhidmatan seorang pekerja sambilan (piecemeal) Jabatan Penyiaran (RTM) yang tular ketika ini di media sosial ialah isu terpencil.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan itu dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan itu dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Nur Aisyah harap dapat kelengkapan baharu ke Sukan Olimpik 2024
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama negara beraksi di pentas Olimpik itu ketika ini menggunakan kelengkapan yang dianggap sudah ketinggalan.
Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik
Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.