KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengekalkan jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2021/2025, sekali gus kekal menerajui badan itu bagi penggal kedua selepas pencalonan sesi pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk itu ditutup, kelmarin.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, yang merupakan muka baharu, turut menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden apabila menjadi calon tunggal bagi kerusi tersebut.
Ketua Panel Pemilihan Bebas MOM Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos mengesahkan dua jawatan lagi - Penolong Setiausaha Agung dan Bendahari juga dimenangi tanpa bertanding oleh penyandangnya Moira Tan dan Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin.
Bagaimanapun, tumpuan pemilihan pada 4 Sept ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi jawatan Setiausaha Agung yang disandang oleh Datuk Mohd Nafizuddin Mohd Najib.
Beliau akan dicabar oleh timbalan presiden MOM Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, Presiden Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) Melvin Chia dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pelayaran Malaysia Megat Fairuz Khairuddin.
Sementara itu, lapan calon akan bertanding merebut lima kerusi naib presiden termasuk penyandang sekarang Datuk Mumtaz Jaffar, Prof. Datuk Dr. S. Shamala dan Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim.
Undian akan dilakukan secara dalam talian iaitu pertama kali dalam sejarah MOM berikutan pandemik COVID-19, dengan 36 ahli gabungan (ahli biasa) layak mengundi jawatan yang dipertandingkan sempena Mesyuarat Agung Tahunan badan induk itu.
"Kita menerima 31 pencalonan daripada 34 persatuan sukan kebangsaan tetapi pencalonan dari judo diklasifikasikan batal dan tidak sah kerana dihantar tanpa pengetahuan calon. Kita juga telah melakukan pemeriksaan latar belakang, termasuk dengan polis ke atas semua calon yang layak.
"Kita akan menjalankan undian percubaan secara dalam talian dengan 34 NSA (Persatuan Sukan Kebangsaan) pada 2 Sept ini bagi membiasakan mereka dengan sistem pengundian elektronik sebelum pengundian sebenar," katanya dalam sidang media mengenai pencalonan di Wisma MOM di sini, hari ini.
Senarai Penuh Pencalonan: Penggal 2021/2025
Presiden: Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden: Datuk Hamidin Mohd Amin (menang tanpa bertanding)
Naib Presiden (Lima Kekosongan)
1.Datuk Mumtaz Jaffar (penyandang)
2. Prof. Datuk Dr. S. Shamala (penyandang)
3.Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim (penyandang)
4. Datuk Chong Kim Fatt
5. Datuk Shahrul Zaman Yahya
6. Datuk Megat Zulkairnain Omardin
7. Nik Razeen Adam Daud
8. Datuk Nur Azmi Ahmad
Setiausaha Agung
1.Datuk Mohd Nafizuddin Mohd Najib (penyandang)
2. Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi
3. Melvin Chia
4.Megat Fairuz Khairuddin
Penolong Setiausaha Agung:
Lelaki: Chan Foong Keong, Syed Zainal Abidin Syed Zin
Wanita: Moira Tan (menang tanpa bertanding)
6. Bendahari : Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin (menang tanpa bertanding)
7. Penolong Bendahari: Datuk Amarjit Singh Gill; Datuk Mohd Nasir Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
![Norza pertahan jawatan Presiden MOM tanpa bertanding Norza pertahan jawatan Presiden MOM tanpa bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623251120_MohamadNorzaZakari.jpg)
Norza mengekalkan jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2021/2025. - Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735596691_MohamadFaithalHass.jpg)
Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat
Mohamad Faithal berkata Sukan SEA di Kemboja wajar jadi pengajaran apabila kontinjen negara rekod sejarah hitam dengan pencapaian terburuk.
![Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024 Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733952748_ZahidHamidi.jpg)
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
![Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730619659_tbOlimpianwanita.jpg)
Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.
![Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.
![Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
![Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721510700_TBParis.jpg)
Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris
MOK komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti.
![Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721300588_SkuadBerbasikalTre.jpg)
Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu
Skuad berbasikal trek kebangsaan mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024 Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719564707_GohJinWei.jpg)
Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
![LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719476786_HannahYeoh.jpg)
LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.