SHAH ALAM: Pemain tengah skuad kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh, menjadi pemain import pertama diikat Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2023.
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), dalam kenyataan melalui portal rasminya semalam, memaklumkan pemain berusia 26 tahun itu adalah pemain terbaru keempat dipilih menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu selepas Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran dan Mohamad Faisal Abdul Halim.
Menerusi kenyataan yang sama, Cheng Hoe berkata penambahan Noor yang digelar 'The Engineer' akan memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan.
"Kita tahu dalam sebuah pasukan, bahagian tengah sangat penting bagi menggerakkan pasukan, jadi saya yakin beliau ada kualiti untuk beraksi dengan baik bersama pasukan. Saya berharap beliau akan menghasilkan bahagian tengah pasukan yang kuat bersama rakan pasukan yang lain.
"Kita juga tahu Noor dan Yazan (Yazan Al-Arab) merupakan rakan sepasukan bersama pasukan Jordan. Saya yakin dengan kombinasi dua pemain ini, mereka mampu membuat pergerakan yang baik dari pertahanan ke bahagian tengah pasukan," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan itu, pemain berketinggian 1.82 meter itu berharap dapat memberikan yang terbaik serta membanggakan kelab dan penyokong.
"Saya dengar perkara baik mengenai pasukan Selangor FC, oleh itu saya pilih untuk berada di sini. Saya juga teruja untuk berjumpa dengan para penyokong Gergasi Merah tidak lama lagi. Saya berharap penyokong akan bangga dengan pasukan musim ini," katanya.
Sebelum ini, Noor pernah beraksi dalam saingan Piala AFC selama tiga musim bersama Al Jazeera sejak 2017 dan beliau kemudian menjadi antara nadi utama pasukan Al-Muharraq SC yang menjuarai Piala AFC 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Penambahan Noor (gambar) yang digelar 'The Engineer' akan memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan, kata Cheng Hoe. - Facebook Selangor FC
KPDN Sarawak aktifkan Op Statik
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak mengaktifkan Op Statik dengan meletakkan pegawainya di stesen minyak yang disyaki terlibat dengan ketirisan subsidi.
Pelaksanaan di Sabah, Sarawak & Labuan perlukan kajian
Penyasaran subsidi diesel belum dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Labuan bukan atas faktor double standard atau tidak adil, sebaliknya ia mempunyai faktor yang berasas.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
"Kita semua adalah type Malaysian" - YB Batang Lupar
"Sebagai rakyat Malaysia tidak perlulah kita melabel satu sama lain sebagai type C, type I, type M. Kita semua adalah type Malaysian," kata YB Batang Lupar
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Harimau Malaya akan diuji Laos dan India November ini
Harimau Malaya akan hadapi perlawanan pertama menentang Laos di di Bangkok pada 14 November sebelum menentang India pada 19 November ini.
Dasar mesra pelabur tarik kehadiran ramai pelabur ke Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, Sabah berada pada landasan betul untuk memajukan negeri melalui inisiatif strategik di bawah kerangka Sabah Maju Jaya.
KDN atur gerak 66,042 anggota hadapi Monsun Timur Laut
Jumlah itu melibatkan anggota PDRM, RELA dan APMM selain 10,540 pelbagai jenis aset.
Ada YB cuba buat lawak bodoh tentang bahasa - YB Sungai Petani
"Apa yang berlaku ada Ahli-ahli Yang Berhormat cuba memperolokan bahasa. Cuba membuat jenaka-jenaka atau lawak bodoh dalam Dewan ini tentang bahasa," kata YB Sungai Petani.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tidak ada kerajaan jatuh kerana bantu rakyat, sebaliknya rasuah punca utama - PM Anwar
Usaha kerajaan dalam membantu rakyat khususnya golongan yang memerlukan sama sekali tidak akan menyebabkan kerajaan jatuh, sebaliknya punca utama adalah akibat amalan rasuah.
AWANI Ringkas: Kes abai kanak-kanak meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cedera ACL, Selangor hilang khidmat Noor Al-Rawabdeh
Bintang Jordan berusia 27 tahun itu memaklumkan bahawa dia mengalami kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL).
Noor Al-Rawabdeh 'diikat' Gergasi Merah
Pemain berusia 26 tahun itu adalah pemain terbaru keempat dipilih menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu.