Ratu skuasy negara Datuk Nicol David memulakan kempen memburu kejuaraan kesembilan pada Kejohanan CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013 dengan gaya menyakinkan apabila mudah melepasi pusingan pertama di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini Rabu.
Pada pusingan tersebut, Nicol hanya memerlukan masa 31 minit untuk menyingkirkan pemain dari pusingan kelayakan, Siyoli Waters dari Afrika Selatan dengan keputusan 11-6, 11-8 dan 11-6.
"Beliau bermain dengan baik sekali dengan gaya yang berbeza daripada lain. Beliau merupakan pemain penyerang dan bagaimanapun saya bermain mengikut gaya sendiri dan mengawal permainan," kata Nicol yang memegang status sebagai pemain nombor satu dunia.
Pada pusingan kedua esok, Nicol akan berdepan dengan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy yang sebelum ini mengalahkan Aisling Blake dari England dengan keputusan 11-7, 11-8, 8-11, 10-12, 11-9.
Sementara itu, pemain negara yang semakin meningkat, Low Wee Wern turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan Lauren Briggs dari England 16-14, 11-4, 11-3 dalam masa 39 minit.
Wee Wern, selaku pilihan keenam kejohanan, akan bertemu pilihan ke-12, Madeline Perry dari Ireland pada saingan seterusnya.
Madeline tidak menghadapi masalah untuk menempah tiket ke pusingan kedua apabila mengalahkan pemain dari pusingan kelayakan, Lucie Fialova dari Republik Czech dengan keputusan 11-2, 11-5, 11-3.
"Saya perlu mengekalkan momentum ini apabila menentang Madeline yang lebih berpengalaman. Saya hanya menang dua kali dalam beberapa pertemuan dengan Madeline," kata Wee Wern.
Bagaimanapun, dua lagi wakil negara Delia Arnold dan Zulhijjah Azan gagal melepasi pusingan pembukaan apabila kalah dengan pemain yang lebih berpengalaman.
Delia kalah kepada pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily dari Mesir dengan keputusan 11-8, 11-7, 5-11, 11-1 dalam masa 28 minit manakala Zulhijjah tunduk kepada pemain Belanda, Natalie Grinham, 11-3, 11-3 dan 11-2.
Dalam kategori lelaki, yang masih dalam saingan pusingan kelayakan kedua, pemain negara Nafiizwan Adnan layak ke undian utama selepas menumpaskan pemain India, Harinder Pal Sandhu 11-8, 11-5, 5-11, 11-9 dalam pertarungan selama 61 minit itu.
Turut melangkah ke pusingan pertama undian utama esok ialah Ivan Yuen yang mengalahkan rakan senegara Elvinn Keo, 9-11, 11-4, 9-11, 11-3 dan 11-9 dalam masa sejam 10 minit.
Kedua-dua mereka akan menyertai Ong Beng Hee dan Muhd Asyraf Azan dalam pusingan pertama undian utama.
Bernama
Thu Mar 28 2013

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Nicol, Wee Wern mara ke pusingan kedua
Datuk Nicol David memulakan kempen memburu kejuaraan kesembilan pada Kejohanan CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013.