Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David diletakkan selaku pilihan ketiga dalam acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dijadual dari 4 hingga 15 April depan.
Berdasarkan undian acara perseorangan yang dikeluarkan laman web rasmi Persekutuan Skuasy Dunia (WSF), www.worldsquash.org, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 34 tahun itu mendapat 'bye' pada pusingan pertama acara berkenaan yang akan berlangsung di Oxenford Studios.
Pada pusingan kedua, bekas pemain nombor satu dunia itu akan berdepan pemenang antara Colette Sultana dari Malta dan Samantha Hennings dari Cayman Islands.
Nicol, kini menduduki ranking kelapan dunia, dijangka membuat penampilan keenam dalam acara perseorangan selepas kali pertama beraksi pada temasya sukan itu ketika berusia 15 tahun, apabila skuasy diperkenalkan buat kali pertama pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, mengintai rekod meraih pingat emas ketiga berturut-turut di Gold Coast.
"Ia satu penghormatan mewakili negara dan saya masih mampu bersaing pada Sukan Komanwel kerana ia temasya sukan peringkat tertinggi untuk skuasy. Pentingnya pingat di temasya sukan ini memberi banyak erti kepada saya dan memenangi pingat emas sebelum ini mempunyai tempat sangat istimewa di hati saya," katanya seperti dipetik dalam WSF.
Pemain muda, S. Sivasangari yang diletakkan sebagai pilihan ke-12 dan pemain bukan pilihan Aifa Azman, juga meraih kelebihan selepas mendapat 'bye' di pusingan pertama, namun masing-masing perlu berdepan cabaran pemain Scotland kerana dijadual bertemu Alison Thomson dan Lisa Aitken di pusingan kedua.
Dalam acara perseorangan lelaki, pemain nombor satu negara Nafiizwan Adnan, yang merupakan pilihan ke-12, akan dicabar sama ada pemain New Zealand Evan Williams atau Jacob Kelly dari Cayman Islands, di pusingan kedua selepas mendapat 'bye' pada pusingan pertama.
Pilihan ke-13 Eain Yow Ng akan menentang pemain tuan rumah Rex Hedrick, manakala Ivan Yuen dijangka bertemu Mandela Patrick dari Trinidad and Tobago, pada aksi pusingan pembukaan.
Sementara itu, England dilihat sebagai pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan dalam kedua-dua acara perseorangan lelaki dan wanita di Gold Coast, apabila Nick Matthew dan Laura Massaro, masing-masing diletakkan selaku pilihan pertama dalam kategori lelaki dan wanita, berdasarkan ranking dunia terkini.
Untuk rekod, semasa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, skuad Malaysia hanya meraih satu pingat emas menerusi Nicol dalam acara perseorangan wanita, manakala pada edisi 2010 di New Delhi, Nicol memenangi emas acara perseorangan wanita dan gangsa dalam kategori beregu campuran selepas bergandingan dengan Ong Beng Hee. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 19 2018
Nicol diletakkan selaku pilihan ketiga dalam acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast bulan depan. - BERNAMA/Fail
Presiden baharu Lubnan gesa dasar pertahanan menyeluruh, dialog dengan Syria
Joseph Aoun ajak semua pihak bincang dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Nicol David selaku pilihan ketiga di Gold Coast
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David diletakkan selaku pilihan ketiga dalam acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dijadual dari 4 hingga 15 April depan.