Kongres tahunan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Medan, Sumatera berakhir dengan usul agar Asean menganjurkan Kejohanan Piala Dunia 2034 yang akan dikemuka kepada negara anggota untuk dipertimbangkan.
Setiausaha Agung AFF Datuk Azzuddin Ahmad berkata penganjuran Piala Dunia itu penting untuk pembangunan bola sepak di semua negara anggota AFF.
"AFF komited untuk menganjurkan Piala Dunia 2034 di Asean. Kami belum lagi memutuskan negara tuan rumah (untuk kejohanan itu)," katanya dipetik oleh Jakarta Post pada Isnin.
"Cadangan ini amat penting ke arah pembangunan sukan bola sepak di semua negara anggota dalam usaha kita bersaing dengan negara lain, terutama di Eropah dan Amerika Selatan," katanya lagi.
Kongres ke-11 itu berlangsung dari Jumaat hingga Ahad dan disertai oleh wakil dari 12 negara iaitu Singapura, Thailand, Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Vietnam, Brunei, Kemboja, Timor Leste dan Australia.
Kongres juga membincangkan pelbagai program untuk tahun ini selain menilai kegiatan tahun lepas.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) Djohar Arifin Husein berkata selain cadangan menganjurkan Piala Dunia, kongres juga memutuskan penganjuran beberapa kejohanan termasuk Kejohanan AFF Wanita Bawah 19 pada Ogos ini di Thailand, Kejohanan Futsal AFF di Malaysia pada September dan Piala AFF Suzuki 2014 di Vietnam.
Pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Laos dari 12 hingga 20 Oktober sementara peringkat kumpulan akan diadakan dari 22 hingga 29 November.
Singapura akan menjadi negara tuan rumah bagi Kumpulan A sementara Vietnam gelanggang Kumpulan B. Perlawanan separuh akhir pertama dijadualkan pada 6 dan 7 Disember manakala perlawanan kedua pada 10 dan 11 Disember.
Perlawanan akhir pertama akan diadakan pada 17 Disember dan perlawanan timbal balik pada 20 Disember.
Bernama
Tue Apr 01 2014
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
[TERKINI] Menteri minta MCMC keluar amaran banjir tanpa SMS
Menteri Komunikasi mengarahkan MCMC meneliti saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.