Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) menyerahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membuat keputusan berhubung kedudukan petinju negara, Mohd Farkhan Haron dalam skuad kebangsaan.
"Setakat ini, saya tidak boleh beritahu apa bentuk tindakan yang bakal dikenakan terhadap Farkhan sehingga mesyuarat jawatankuasa kerja bersama PTAM dan MSN pada 31 Julai ini," kata Setiausaha Kehormat PTAM Mohamed Jani Ismail kepada Bernama hari ini.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan semalam, Mohd Farkhan akan mengadakan sidang media minggu depan untuk mendedahkan apa yang disifatkannya perkara sebenar yang berlaku dalam PTAM dan bagi membersihkan nama baiknya daripada tuduhan yang dilemparkan individu tertentu dalam persatuan.
Sebelum ini, Mohd Farkhan mendakwa beliau menarik diri daripada skuad kebangsaan sejak bulan lepas kerana mendapati kurangnya kemajuan dan perancangan PTAM menghadapi temasya Sukan SEA Myanmar, Disember ini.
Petinju kelahiran Johor itu juga mempersoal kewajaran persatuan yang sebelum itu mahu menghantarnya ke sebuah pertandingan antarabangsa berstatus lima bintang iaitu Kejohanan Asia di Jordan baru-baru ini, biarpun dalam keadaan dirinya yang hanya berlatih empat minggu.
Mengulas lanjut, Mohamed Jani berkata tindakan pemenang pingat emas kategori 75 kg pada Sukan SEA 2009 itu, memberi kenyataan kepada media tanpa merujuk terlebih dahulu kepada PTAM mahupun MSN adalah tidak profesional.
"Beliau (Farkhan) sepatutnya menggunakan saluran yang betul jika tidak berpuas hati dengan pihak persatuan," katanya.
Mohamed Jani berkata sehingga hari ini, Mohd Farkhan belum menghubungi PTAM bagi membincangkan perkara itu dengan persatuan, sebaliknya lebih gemar memberi kenyataan kepada media.
Bernama
Thu Jul 18 2013
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Farkhan punya sebab tidak sahut cabaran Meeraj Khan
Usaha untuk merealisasikan pertarungan itu sudah dijalankan tetapi mereka gagal capai kata sepakat.
Nasib Farkhan terletak di tangan MSN
Mohd Farkhan akan mengadakan sidang media minggu depan untuk mendedahkan apa yang disifatkannya perkara sebenar yang berlaku dalam PTAM.