IPOH: Pemain senior Namibia Brynn Cleak muncul wira pasukannya, selepas jaringannya mengesahkan kemenangan ke atas Afrika Selatan menerusi penentuan penalti 3-2, pada aksi final edisi pertama Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah.
Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas berakhir 40 minit perlawanan, pada aksi di Stadium Indera Mulia dekat sini.
Turun selaku pasukan bukan pilihan, Namibia yang berada di ranking ke-13 dunia bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi gol padang yang disempurnakan Fagan Hansen, pada minit ke-10.
Tujuh minit berselang, serangan bertali arus skuad bimbingan Trevor Cormack membuahkan hasil, apabila Brynn Cleak meletakkan pasukannya berkelebihan dua jaringan, menerusi gol padang.
Tersentak apabila ketinggalan dua gol, Afrika Selatan menggandakan asakan dan berhasil merapatkan jurang, apabila Keegan Hezlett menyempurnakan pukulan sudut penalti ketiga pasukannya pada minit ke-26.
Afrika Selatan di bawah kendalian Justin Rosenberg terus memberi tekanan kepada Namibia pada suku keempat perlawanan dan gol yang dinanti-nantikan mereka hadir pada minit ke-32, menerusi Jethro Eustice.
Namibia berpeluang untuk berada di depan pada minit akhir perlawanan, tetapi tolakan Cody Merwe berjaya dinafikan penjaga gol Afrika Selatan Phemelo Ramatlotlo.
Perlawanan kemudian terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti yang memihak kepada Namibia, selepas Keegan Hezlett gagal menyempurnakan pukulan penalti.
Terdahulu, pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, New Zealand berjaya menundukkan Australia dengan keputusan 6-4.
Sementara itu, pasukan hoki wanita Afrika Selatan muncul juara Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara Edisi ke-2, selepas menewaskan Switzerland 4-3, juga menerusi penentuan pukulan penalti selepas terikat 1-1.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang berupa piala dan medal.
Kejohanan selama enam hari bermula 6 Nov lalu disertai Afrika Selatan, Australia, Namibia, Switzerland, New Zealand, Hong Kong dan Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023

Tuanku Zara Salim (depan, kanan) berkenan bergambar dengan pasukan hoki lelaki Namibia yang muncul johan pada Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah di Stadium Indera Mulia, pada Sabtu. - Gambar BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Namibia muncul juara Hoki Dalam Dewan Piala Sultan Nazrin Shah
Pemain senior Namibia muncul wira pasukannya, selepas jaringannya mengesahkan kemenangan ke atas Afrika Selatan.