Pemain Chelsea, Cesc Fabregas tidak menolak khabar angin bahawa terdapat individu dari luar kelab itu yang cuba menggangu kestabilan kelab itu.

Kenyataan Fabregas dibuat menerusi akaun Twitternya, bagi menafikan khabar angin bahawa dia mengetuai pemberontakan pemain the blues terhadap pengurus pasukan, Jose Mourinho.

Dalam kenyataan yang dibuat Fabregas, bekas pemain Arsenal itu menafikan laporan yang trending di internet.

Dia turut menyatakan hubungannya dengan Mourinho tidak terjejas dan kemungkinan terdapat individu dari luar kelab itu yang cuba memporak-perandakan the blues.

Fabregas turut percaya Chelsea akan bangkit semula daripada prestasi hambar selepas kalah enam daripada sebelas perlawanan musim ini.

Sabtu lalu, Chelsea kalah 3-1 di tempat sendiri kepada Liverpool yang dibimbing pengurus baharu, Jurgen Klopp.

Chelsea yang juga juara bertahan Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) kini menduduki tangga ke-15 liga, 14 mata dibelakang pendahulu, Manchester City.