KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara Pandelela Rinong yang meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita pada kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 di Jepun, semalam.
Muhyiddin menerusi ucapan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau berkata keringat dan komitmen Pandelela telah memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di persada dunia.
"Syabas! Anda kebanggaan Malaysia," kata Perdana Menteri.
Atlet berusia 28 tahun itu mempamerkan terjunan bertenaga dan meyakinkan untuk mengungguli final yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan.
BACA: Pandelela 'menyinari' skuad terjun di Piala Dunia FINA 2021
Kejayaan meraih pingat emas itu menjadikan Pandelela satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat pasukan terjun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.
Terdahulu, pada saingan separuh akhir, Pandelela menduduki tempat ketiga dengan 333.00 mata di belakang Caeli Mckay dari Kanada dengan 343.85 mata manakala Andrea Spendolini Siriex penerjun dari Britain, di tempat kedua dengan 336.00 mata.
Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong bakal menggalas cabaran negara dalam acara terjun di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
Muhyiddin berkata keringat dan komitmen Pandelela telah memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di persada dunia.- Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muhyiddin ucap tahniah kepada Pandelela raih pingat emas di kejohanan terjun dunia
Pandelela meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita pada kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 di Jepun, semalam.
Pertama kali berpuasa penuh, Pandelela 'tabik' kepada orang Islam
Pandelela Rinong menzahirkan rasa hormatnya terhadap umat Islam yang berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.
Rangkuman 5 Berita Utama: 21 Disember
Berikut adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Penerima Anugerah Sukan Negara diharap jadi pencetus inspirasi kepada atlet pelapis
Perjuangan atlet negara bukan hanya untuk diri sendiri, sebaliknya mereka berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan tempatan dan antarabangsa.
Mohd Al-Jufferi, Pandelela dipilih Olahragawan, Olahragawati Negara
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Felicia Mikat pula dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2015.
Chong Wei dan Pandelela dicalon Olahragawan dan Olahragawati 2012
Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong antara calon yang disenaraikan untuk anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara 2012.
Anugerah SAM-100Plus berlangsung hari ini
Majlis anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia 100 Plus 2012 (SAM) bakal berlangsung pada hari ini (Selasa).