Pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom sah akan bersama-sama Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Berita gembira itu disampaikan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dalam satu kenyataan media selepas menerima pengesahan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 9 Mac.
E-mel daripada Ketua Jabatan Trek UCI, Gilles Peruzzi itu mengesahkan Malaysia meraih dua slot dalam acara keirin dan pecut individu pada temasya sukan terbesar dunia itu, bersama 36 negara lain.
"Kita sebenarnya hanya tahu secara samar-samar. Pada dasarnya kita telah dimaklumkan oleh MSN (Majlis Sukan Negara) bahawa Azizulhasni telah layak secara merit dalam dua acara iaitu keirin dan pecut.
"Pada masa yang sama, kita dimaklumkan bahawa Muhammad Shah Firdaus juga layak. Istilahnya ialah 'by nation'. Jadi untuk dapatkan maklumat tepat, PKBM telah mengutus sepucuk surat kepada UCI.
"Surat berkenaan bertujuan untuk mengetahui status sebenar tentang kedudukan dan penyertaan Muhammad Shah Firdaus di Tokyo 2020," kata Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab pada Rabu.
Jelas Abu Samah, e-mel pengesahan daripada UCI itu juga turut dihantar kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Malaysia akan mengibar cabaran benua Asia di Sukan Olimpik 2020 bersama tuan rumah Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, China dan Kazakhstan dan daripada lima negara Asia itu, hanya Malaysia, Jepun dan Hong Kong meraih dua tiket maksimum dalam acara keirin serta pecut.
Abu Samah turut berbangga dengan pencapaian Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus yang meneruskan detik kecemerlangan trek di Olimpik 2008 di Beijing, China dan Olimpik 2012 di London, Britain.
"Sebelum ini kita ada kombinasi Azizulhasni dan Josiah Ng. Maknanya kita masih mampu teruskan tradisi kecemerlangan dalam acara trek di Sukan Olimpik," katanya.
Sehingga kini, 12 atlet Malaysia telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Mereka adalah Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Khairulnizam Mohd Afendy (laser standard), Nur Shazrin Mohd Latif (laser radial), Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (international 470), dan Khairul Anuar Mohamad (memanah).
Enam lagi merupakan atlet terjun iaitu Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal), Pandelela Rinong Pamg (10m platform) dan berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam acara 10m seirama, dan Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus dalam acara berbasikal trek, (keirin dan pecut).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 11 2020

Muhammad Shah Firdaus. Gambar fail

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Jenazah Abu Samah selamat dikebumikan
Hampir 800 ahli keluarga, sahabat seperjuangan, wakil Kementerian Belia dan Sukan, atlet lumba basikal dan orang kampung hadir mengiringi jenazah dari rumahnya di Jalan Semabok ke tanah perkuburan.

Pemergian Abu Samah khabar duka buat arena berbasikal negara, antarabangsa
Abu Samah amat berdedikasi dan telah memberikan segalanya selama 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal di dalam negara dan global.

Presiden PKBM meninggal dunia
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.

Skuad berbasikal lebuh raya wanita raih satu slot ke Paris 2024
Abu Samah mengesahkan Malaysia diberikan slot daripada UCI susulan kejayaan Phi Kun Pan merangkul pingat emas Jun lepas.

PKBM tak panik prestasi Azizulhasni
Abu Samah percaya Azizulhasni mampu kembali bangkit menebus kekecewaannya pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 bulan depan.

PKBM langsai hutang lima pasukan
Presiden PKBM berkata, hutang yang mencecah lebih RM1 juta telah diselesaikan Human Voyage selaku penganjur perlumbaan itu tahun lalu.

Azizulhasni diharap kekalkan 'kayuhan emas' di Sukan Asia
Azizulhasni berada dalam prestasi terbaik untuk menjayakan misi itu selepas meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada ACC 2023.

ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia
Lebih 400 pelumba termasuk 60 pelumba para bakal mengambil bahagian pada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris itu.

Abu Samah dilepas tanpa dibebas tuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab terhadap dua pertuduhan mendapatkan suapan bernilai RM48,811.85.

Abu Samah kekal Presiden PKBM, KJ rebut jawatan Naib Presiden
Datuk Abu Samah Abd Wahab terus diberikan kepercayaan untuk menerajui pucuk kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi tempoh 2023 hingga 2026.