MELAKA: Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab terhadap dua pertuduhan mendapatkan suapan bernilai RM48,811.85.
Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memohon agar tertuduh dilepas tanpa dibebaskan susulan representasi yang dikemukakan tertuduh diterima pihak pendakwaan.
Mahkamah juga memerintahkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dan pasport antarabangsa Abu Samah dikembalikan kepadanya.
Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Abu Samah hadir di mahkamah hari ini ditemani anaknya Naib Presiden PKBM, Norazman Abu Samah yang juga Ahli Jawatankuasa Pengurusan ACF dan Naib Presiden PKBM yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) Datuk Amarjit Singh Gill.
Pada 3 Jun 2022, Abu Samah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas dua pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama, beliau sebagai Presiden PKBM didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan apabila memilih syarikat milik anaknya iaitu Syarikat Harapan Baiduri Sdn Bhd untuk menyediakan sewaan kenderaan logistik dengan harga keseluruhan RM12,750.
Suapan itu didakwa dilakukan melalui 13 baucar bayaran mulai 2013 hingga 2018.
Bagi pertuduhan kedua, Abu Samah didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan syarikat milik adik-beradiknya, Syarikat Keluarga Haji Wahab Hassan Sdn Bhd untuk membuat sewaan rumah inap desa bagi kegunaan atlet berbasikal dengan harga keseluruhan RM36,061.85 melalui 32 baucar bayaran mulai 2013 hingga 2018.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat PKBM dalam daerah Melaka Tengah antara 2013 hingga 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Mahkamah melepas tanpa membebaskan Abu Samah terhadap dua pertuduhan mendapatkan suapan bernilai RM48,811.85. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Sasaran tiga pingat bagi Kejohanan Berbasikal Trek Asia - Harnizam
Skuad Malaysia meletakkan sasaran sederhana tiga pingat untuk Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 yang akan berlangsung di Velodrom Nasional di sini bermula 21-27 Feb ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.

Amarjit Singh ulangi pencapaian bapanya terajui PKBM
Datuk Amarjit Singh menang jawatan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) hari ini.

Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.

Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.

Peruntukan RM1.5 juta: PKBM yakin ada sinar menanti skuad lebuh raya
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yakin ada sinar menanti buat skuad lebuh raya negara berhubung peruntukan RM1.5 juta yang ditarik oleh KBS pada 2013.

Sah LTdL 2023 berlangsung ikut jadual
Amarjit bertemu dengan Pengarah Sukan UCI dan Jawatankuasa Lebuhraya UCI bagi membincangkan keperluan untuk LTdL 2023 kembali disenaraikan.

PKBM langsai hutang lima pasukan
Presiden PKBM berkata, hutang yang mencecah lebih RM1 juta telah diselesaikan Human Voyage selaku penganjur perlumbaan itu tahun lalu.

'Ini hidup mati Le Tour de Langkawi' - Abu Samah
Le Tour de Langkawi (LTdL) berdepan kemungkinan tidak dapat dianjurkan pada tahun depan susulan tunggakan hutang kepada lima pasukan.