KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang cemerlang meraih dua gelaran Asia baru-baru ini, diharap dapat mengekalkan "kayuhan emasnya" pada Sukan Asia Hangzhou di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata Mohd Azizulhasni kini berada dalam prestasi terbaik untuk menjayakan misi itu selepas meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.
"Ini membuktikan Mohd Azizulhasni sudah cukup bersedia dan fokus untuk mengharungi dua lagi tugasan penting selepas ini - Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos dan Sukan Asia.
"Jadi saya berharap beliau dapat mengulangi kejayaannya pada Sukan Asia nanti, memandangkan Azizulhasni dijangka sekali lagi bersaing dengan pelumba-pelumba yang bertanding pada ACC kali ini," katanya menerusi kenyataan semalam.
Mohd Azizulhasni, 35, yang terkenal dengan julukan "The Pocket Rocketman" mencipta sensasi di Velodrom Nasional, Nilai, apabila menyambar emas berganda pada ACC 2023 yang berakhir pada Isnin lepas, selain berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya bagi acara pecut.
BACA: Azizulhasni rampas semula gelaran Raja Pecut Asia
BACA: ACC 2023: Azizulhasni bukti kejaguhan dengan emas keirin
Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut menampilkan semangat terpuji untuk menyumbang gangsa acara keirin walaupun berdepan kemalangan pada pusingan separuh akhir sehingga mengalami kecederaan, manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis turut beraksi cemerlang muncul juara acara 1 kilometer ujian masa individu (ITT).
Muhammad Fadhil juga beraksi cemerlang untuk mengetuai trio pecut berpasukan yang dibarisi dua pelumba muda - Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah - meraih pingat gangsa acara itu.
Bagi kategori wanita, pelumba cilik berusia 19 tahun Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meraih perak dengan memecahkan rekod kebangsaan acara 500 meter ITT.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad trek negara John Beasley, menyambut baik pembinaan velodrom berkelas dunia di Sarawak yang diharap mampu melahirkan lebih ramai pelumba trek berbakat.
"Mendapat venue berkualiti merupakan satu berita yang baik. Kita telah mempunyai satu lokasi yang menghasilkan atlet yang bagus di Johor, kali ini kita dapat yang ini, jika dapat lebih banyak (venue) di negara ini, kita benar-benar berada di landasan tepat," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pembinaan velodrom mengikut standard antarabangsa dijangka bermula tahun depan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023

Azizulhasni diharap dapat mengulangi kejayaannya pada Sukan Asia nanti, memandangkan dia dijangka sekali lagi bersaing dengan pelumba-pelumba yang bertanding pada ACC kali ini. - Gambar fail BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.