Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan program pengurusan kewangan untuk atlet paralimpik yang menerima Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) hasil kejayaan mereka dalam Sukan Paralimpik Rio 2016, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Beliau berkata program itu bertujuan membantu atlet terbabit menguruskan kewangan dengan baik dan untuk tujuan itu MSN akan turut mengadakan perbincangan dengan keluarga mereka.
Katanya program yang bermula pada awal November itu akan dikendalikan pakar pengurusan kewangan dan MSN turut akan memberikan panduan dalam soal penjagaan diri dan perhubungan awam.
"Mereka kini juga menjadi tumpuan masyarakat, jadi kita perlu terapkan pelbagai aspek termasuk soal penjagaan diri, perhubungan awam selain komitmen kepada masyarakat umum," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Junior Cyling Malaysia di sini hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan itu yang yang dianjurkan bagi mencari bakat-bakat baharu untuk diserapkan dalam program pembangunan sukan berbasikal negara.
Semalam, atlet paralimpik Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli masing-masing menerima habuan sebanyak RM1.05 juta hasil kejayaan merangkul pingat emas Sukan Paralimpik Rio.
Kedua-dua atlet itu turut mencipta rekod baharu dunia dalam acara masing-masing iaitu lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dan lontar peluru F20 (masalah pembelajaran), sekali gus menerima imbuhan tambahan.
Seorang lagi atlet Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi pingat emas dan memperbaharui rekod dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy) Sukan Paralimpik turut menerima insentif tambahan dengan jumlah keseluruhan RM1.02 juta.
Siti Noor Radiah Ismail yang menyumbang gangsa dalam acara lompat jauh T20 pula menerima RM300,000 dengan insentif tambahan Kementerian Belia dan Sukan.
Sementara itu, Ahmad Shapawi turut mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi sukan dalam Bajet 2017 supaya pembangunan bidang itu dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.
"Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu memberikan mesej yang jelas bahawa sukan berjaya memberikan impak yang kuat kepada masyarakat dan MSN amat menghargainya," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2016
Program itu akan dikendalikan pakar pengurusan kewangan dan MSN turut akan memberikan panduan dalam soal penjagaan diri dan perhubungan awam. - Foto Bernama
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Bagi mengimbas kembali legasi Allahyarham kita bersama Datuk Chuari Selamat, penulis lirik dan bekas penyampai radio popular RTM.
Leicester City pecat Cooper selepas hanya 12 perlawanan
Leicester City mengambil keputusan memecat jurulatih mereka, Steve Cooper pada Ahad selepas hanya mengendalikan 12 perlawanan.
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Di jam ini kita bersama dengan penerbit dan penulis lirik Datuk Habsah Hassan untuk kita singkap pandangan peribadi terhadap Allayarham dan bagaimana legasi ditinggalkan arwah memberi kesan.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
"His name is gonna be there forever, tak akan pudar" - Datuk DJ Dave
Kebanyakan lagu-lagu raya yang hit adalah dari hasil karya Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Nama dan lagu beliau tidak akan dilupakan dan sentiasa akan berkumandang dicorong-corong radio dan televisyen.
#AWANInews
#AWANInews
"Arwah selalu nasihatkan saya, disiplin itu penting" - Datuk DJ Dave
Penyanyi veteran dan Pengerusi Yayasan Artis Veteran (YKAT), Datuk DJ Dave berkongsi pengalaman dan kenangan ketika bekerja dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
#AWANInews
#AWANInews
"Allahyarham seperti bapa dan ajar tentang hidup di KL" - Ramlah Ram
"Dialah guru, bapa saya, ambil berat mengenai saya. Lagu saya dari awal memang daripada arwah. Saya belajar hidup di Kuala Lumpur pun dengan arwah," kata Ramlah Ram.
COP29: Perumahan sosial di Kemboja tangani perubahan iklim
Dalam temu bual eksklusif bersama Mao Vibal,Timbalan Setiausaha Kementerian Negeri Kemboja, kita mendalami bagaimana projek perumahan sosial di negara ini membantu menangani cabaran perubahan iklim. Mao Vibal berkongsi pandangannya mengenai pendekatan inovatif yang digunakan untuk membangunkan perumahan yang tahan terhadap kesan perubahan iklim, termasuk penggunaan bahan mesra alam dan reka bentuk yang lebih mampan. Temu bual ini memberi tumpuan kepada impak sosial dan ekonomi dari inisiatif ini, serta bagaimana ia memberi peluang kepada komuniti yang paling terdedah kepada perubahan iklim di Kemboja.
Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.
Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.
Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.
Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.
Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.