ADAKAH anda peminat MLBB dan sudah bersedia untuk MPLMYS8 mingggu kedua?

Sudah pasti setiap pasukan akan menampilkan persembahan luar biasa dari minggu pertama.

Hari pertama minggu kedua, peminat MLBB tertanya apakah strategi pasukan ELBZ untuk minggu kedua bagi menaikan semangat mereka setelah tumpas pada minggu pertama?

Mampukah ELBZ bangkit dari kekalahan minggu pertama dan adakah SMG akan memastikan ELBZ tidak mampu menyaingi mereka pada perlawanan hari ini?

Hari 1

Hari kedua pula pastinya kita menantikan kebangkitan Geek Fam selepas kekalahan mereka pada minggu pertama.

Adakah mereka mampu menjinakkan HomeBois yang diketahui mempunyai meta dan taktikal yang boleh meranapkan impian Geek Fam untuk meraih kemenangan?

Perlawanan antara Todak dan pasukan RED, di mana kedua pasukan mempunyai pengalaman dalam MPL musim sebelum ini.

Pada musim lepas prestasi pasukan Todak lebih baik daripada Red apabila kedua-dua pasukan ini bertemu.

Mampukah RED membalas dendam mereka pada musim lepas? Sama-sama kita nantikan.

Hari 2

Hari terakhir minggu kedua dijangkakan akan menjadi detik bersejarah buat pasukan ELBZ apabila bertemu pasukan ‘Gergasi’ RSG.

Adakah pasukan RSG memberi sedikit belas ehsan kepada ELBZ ataupun ELBZ akan membuat kejutan pada pasukan RSG??

Pertembungan antara Suhaz dan Orange juga sangat dinantikan peminat setelah musim lepas pasukan Orange ‘Diratakan’ sehingga mereka bermain pada 'lower bracket'.

Mampukah pasukan Orange membuat kejutan dan membalas dendam terhadap pasukan Suhaz?

Hari 3

Perlawanan terakhir minggu kedua dimana pertembungan antara Bosskurr dan Geek Fam pastinya dinantikan peminat MLBB.

Pada musim lepas, pasukan Bosskurr hanya mengalahkan satu pasukan Geek Fam.

Mampukah sejarah diulangi ataupun sejarah baru akan tercipta dalam pertembungan dua pasukan ini?

Pasukan mana bakal menyerlah dan siapa bakal ‘terciduk’ pada minggu kedua. Sama-sama kita saksikan, debaran semakin terasa.

Jangan lupa untuk sentiasa bersama eGG Network untuk mengetahui perkembangan terkini dan berita sensasi.