KUALA LUMPUR: Team Haq terus mempamerkan aksi cemerlang pada minggu kedua Kejohanan Mobile Legends Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) Musim ke-12.
Juara MPL MY musim ke-10 itu berjaya mendapat kemenangan ketiga berturut-turut tanpa kalah pada minggu awal kejohanan.
Pada minggu pembukaan, Team Haq telah menewaskan Team Secret dengan skor 2-0 dan juga menewaskan pasukan MPX NSEA dengan skor 2-1.
Manakala pada minggu kedua, Team Haq berjaya mendapatkan kemenangan ke atas pasukan Red Esports, sekali gus mengukuhkan kedudukan Team Haq di tangga kedua carta liga dengan mengumpul lapan mata di belakang Red Giants Esports yang menduduki tangga pertama dalam carta liga minggu kedua.
Team Haq yang dibarisi oleh Panda (Gold Laner)sebagai kapten pasukan, Garyy (Jungler), Iris (Exp Laner), Nuar(Roamer), Yuraa (Mid Laner) dibimbing oleh jurulatih, Amoux.
"Kemenangan Team Haq ini menunjukkan bahawa kualiti pasukan Team Haq sudah meningkat dengan
kemasukan pemain pemain baharu seperti Iris, Nuar dan juga Yura," ujar pasukan itu dalam satu kenyataan.
Cabaran getir menanti pasukan itu apabila berbaki empat minggu perlawanan menuju ke minggu playoffs pada Oktober depan dan bertemu beberapa pasukan lain yang lebih berpengalaman.
"Perjalanan Team Haq masih lagi panjang untuk ke peringkat playoff kerana perlu mengharungi lagi empat minggu permainan,
"Setakat ini, prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pemain pemain Team Haq diharapkan dapat mara ke
pusingan playoffs seterusnya berlawan untuk mendapatkan kan slot kejohanan dunia M5 Mobile Legends
World Championship,"ujar kenyataan itu lagi.
Pentas MPL MY Musim ke-12 Regular Season bermula pada 18 Ogos 2023 dan berlangsung selama enam minggu disertai oleh 10 pasukan Mobile Legends Bang Bang terbaik di Malaysia termasuk Team Haq, Todak, Team SMG, HomeBois, Team Lunatix, Selangor Red Giants, Team Secret, MPX NSEA, RSG dan juga Red Esports.
Kesemua 10 pasukan itu akan bertarung dalam Regular Season, dan hanya lapan pasukan teratas layak ke peringkat playoffs pada 5 Oktober sehingga Oktober 2023.
Juara keseluruhan liga akan memenangi wang tunai berjumlah AS$100,000 dan mendapat slot ke kejohanan dunia M5 World Championship di Filipina pada Disember depan.
Fahmi Izuddin
Mon Aug 28 2023

Team Haq terus mempamerkan aksi cemerlang pada minggu kedua Kejohanan Mobile Legends Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) Musim ke-12.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

MPL MY musim ke-12: Prestasi luar biasa Team Haq, perkukuh laluan menuju pusingan playoffs
Team Haq terus pamer aksi cemerlang pada minggu kedua Kejohanan Mobile Legends Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) Musim ke-12.