Kumpulan komedi terkenal Britain, Monty Python mencipta lagu tema tidak rasmi Piala Dunia untuk pasukan England. Lagu itu dikemaskini daripada versi asal Always Look on the Bright Side of Life.

Lagu versi baru itu ditulis semula liriknya oleh Eric Idle. Ia memuatkan cerita tentang bola sepak dan Piala Dunia. Yang paling menarik, lagu itu diharapkan dapat mengubat hati peminat England sekiranya pasukan itu tersingkir awal.

Lagu itu dikeluarkan menjelang persembahan Monty Pyhton di O2 Arena bulan depan. Tiket-tiket untuk persembahan itu mula dijual pada Ahad.

Lagu versi asal itu dihasilkan untuk adegan akhir filem The Life of Brian yang terbit pada 1979.

Lagu itu cukup popular dan sering dinyanyi dalam banyak acara sukan termasuk upacara pembukaan Olimpik London 2012.


Lirik versi baru itu antara lain berbunyi: "When you're in the World Cup, and all your hopes are up, and everybody wants their team to win. Then they go and let you down, and come slinking back to town, it's time for this daft song to begin."