KENTO Momota mengakui bahawa dia sudah mula memikirkan mengenai persaraannya daripada sukan badminton selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Malaysia awal tahun ini.
Beberapa jam selepas dia menewaskan Viktor Axelsen untuk menjuarai Masters Malaysia, van yang membawa pemain nombor satu dunia itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melanggar belakang sebuah lori di Lebuhraya MEX.
Bintang Jepun itu dibenarkan keluar daripada Hospital Putrajaya dua hari kemudian, namun terpaksa menjalani pembedahan mata kerana mengalami masalah penglihatan selepas pulang ke negaranya.
"Pada ketika itu, saya berasa seperti sudah berputus asa," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Selepas kemalangan itu, saya langsung tidak dapat bergerak dan saya bergelut untuk mengembalikan kecergasan.
"Kemudian saya mengalami masalah mata dan saya berkira-kira sama ada mahu menjalani pembedahan itu atau tidak.
"Pada ketika itulah semangat saya hampir musnah," katanya.
BACA: Kento Momota patah tulang hidung, cedera tetapi stabil
BACA: Syed Saddiq lawat pemain badminton dunia cedera dalam kemalangan
Selepas selamat menjalani pembedahan, juara dunia dua kali itu kembali berlatih pada 29 Februari lalu dan bersedia untuk mengembalikan prestasi terbaiknya untuk terus mendominasi acara perseorangan lelaki.
"Isu yang perlu saya hadapi ialah apabila saya berada di gelanggang, saya mahu beraksi. Saya perlu memastikan yang saya melaluinya dengan perlahan-lahan.
"Jika saya tergesa-gesa untuk melakukannya, saya berisiko untuk cedera. Saya mahu mengurangkan kesilapan itu. Saya mahu kembali dengan lebih kuat berbanding sebelum ini.
"Saya mahu bekerja lebih keras berbanding sebelum ini. Saya mahu menyasarkan pingat emas (dalam Sukan Olimpik).
"Saya tidak pernah berehat daripada sukan badminton untuk tempoh yang lama. Saya amat gembira apabila dapat memukul bulu tangkis," tambahnya.
Astro Arena
Wed Mar 11 2020
KENTO MOMOTA: Apabila saya berada di gelanggang, saya mahu beraksi. - Foto Astro ARENA
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Paris 2024: Aaron-Wooi Yik diundi bersama gandingan utama dunia
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan acara badminton di Sukan Olimpik Paris 2024.
Malaysia pamer aksi meyakinkan pada pembukaan acara perseorangan
Ho Ying, satu-satunya wakil negara melalui tiga perlawanan, tidak menghadapi masalah mengekalkan rekod bersih dalam Kumpulan 14.
Momota akui fikirkan persaraan selepas kemalangan di Malaysia
Selepas selamat menjalani pembedahan, bintang Jepun itu kembali berlatih 29 Feb lalu dan sedia mengembalikan prestasi terbaiknya untuk terus mendominasi acara perseorangan lelaki.