Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi memantau serta memberi pandangan berhubung cadangan untuk meminda Akta Pembangunan Sukan 1997.
Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata cadangan penubuhan jawatankuasa khas itu akan dimaklumkan pada mesyuarat badan induk sukan negara itu dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan dianggotai Pesuruhjaya Sukan dan wakil persatuan sukan.
"Sepatutnya, mesyuarat membincangkan perkara itu diadakan semalam tetapi ditunda. MOM akan membawa usul untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yang akan membantu Pesuruhjaya Sukan dalam membuat sebarang keputusan.
"Sebelum ini, Pesuruhjaya Sukan bertanggungjawab membuat dan meneliti mana-mana cadangan dan pindaan yang perlu dibuat dan ini dilihat membebankan.
Atas sebab itu MOM berpendapat jika tugas itu dibuat bersama wakil MOM dan persatuan sukan, saya yakin satu keputusan yang baik akan dihasilkan," katanya ketika ditemui Bernama di Wisma MOM di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, cadangan untuk meminda Akta Pembangunan Sukan 1997 dan Rancangan Strategik MOM 2011-2016 adalah antara agenda yang dibincangkan semasa mesyuarat Majlis MOM.
Mengenai Rancangan Strategik MOM 2011-2016, Kok Chi berkata MOM dalam perancangan untuk memohon dana khas daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi membantu persatuan sukan yang memerlukan peruntukan tersebut.
Beliau berkata tidak dinafikan terdapat persatuan sukan yang mampu bergerak sendiri tanpa bantuan kerajaan seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Namun ada persatuan sukan yang amat memerlukan dana bagi membantu pegawai mereka dalam menguruskan keperluan persatuan sukan masing-masing. Tanggungjawab pembangunan sukan terletak di tangan persatuan sukan bukannya MOM.
"Tetapi kami sedar, jika persatuan sukan yang memerlukan dana ini diketepikan, pembangunan sukan negara tidak akan maju kerana kita bukannya tidak mempunyai atlet tetapi disebabkan kurangnya dana untuk meningkatkan kualiti atlet kita," katanya.
Bernama
Tue Nov 06 2012
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Pulang awal jika keadaan bertambah tegang di Lashio - Sieh Kok Chi
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi menyarankan atlit agar pulang awal jika keadaan bertambah tegang di Lashio.
MOM tubuh jawatankuasa untuk pinda Akta Pembangunan Sukan 1997
Majlis Olimpik Malaysia akan membentuk jawatankuasa khas bagi memberi pandangan berhubung cadangan untuk meminda Akta Pembangunan Sukan 1997.