KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memohon bantuan kerajaan untuk menyediakan peruntukan sewajarnya kepada majlis itu menjelang tiga acara utama pelbagai sukan pada tahun hadapan.
Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata temasya sukan itu ialah Sukan SEA di Hanoi, Vietnam; Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom dan Sukan Asia di Hangzhou, China.
"Kami merayu kepada kerajaan agar memberikan sumber yang mencukupi dan jika ada kemungkinan memberikan insentif kepada sektor swasta untuk membantu kerajaan, kami pada dasarnya akan mengalu-alukannya," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat MOM ke-199 di Wisma OCM di sini hari ini.
Mohamad Norza berkata terdapat juga kemungkinan untuk mengecilkan saiz dari segi persiapan dan pembiayaan untuk atlet sekiranya kekurangan dana untuk pembangunan sukan negara.
Beliau berkata persatuan sukan kebangsaan (NSA) bimbang atlet daripada Program Podium yang memberikan prospek pingat untuk sukan antarabangsa utama, akan terjejas jika kewangan memberikan masalah serius.
Terdahulu, mesyuarat Exco MOM ke-199 dihadiri oleh 50 ahlinya serta wakil daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan, Institut Sukan Negara, Kementerian Pendidikan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan atlet kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021
Mohamad Norza berkata temasya sukan itu ialah Sukan SEA di Hanoi, Vietnam; Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom dan Sukan Asia di Hangzhou, China. - Gambar fail
Israel lancarkan serangan peluru berpandu ke atas kilang kereta Iran di Homs, Syria - Pemantau
Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Jumlah kematian akibat banjir besar di Bosnia dan Herzegovina meningkat kepada 18 - Pihak berkuasa
Jumlah kematian akibat banjir besar di Kanton Herzegovina-Neretva dan Kanton Bosnia Tengah di barat daya Bosnia dan Herzegovina (BiH) telah meningkat kepada 18 orang.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
Lelaki lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong hari ini.
MOM cadang sistem baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.
MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN
MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.
Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Kem badminton tahu apa yang diharapkan di Paris - Rexy
Kem badminton negara tahu apa yang diharapkan oleh pemegang taruh dan rakyat pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, iaitu kilauan pingat emas.
Sukan SEA 2027: MOM percaya KBS segera ambil langkah wajar pendirian Sarawak
Langkah itu sekali gus dapat memastikan gerak kerja awal penganjuran temasya dwitahunan berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.
Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
MOM sedia bincang dengan KBS wujud peruntukan untuk hasil filem sukan
Usaha itu bagi mengetengahkan elemen perpaduan dan memupuk semangat patriotisme terutamanya dalam kalangan generasi muda.
MOM minta flag football bentang hala tuju ke LA28
MOM meminta agar sukan flag football untuk membentangkan peta hala tuju jika berhasrat untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik LA28.