Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengadakan perhimpunan agung pada 5 Mei ini bagi memilih penyandang jawatan baharu bagi penggal 2018-2021.
Presidennya, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, bagaimanapun berkata tarikh itu akan ditukar kepada 12 Mei sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan pilihan raya umum ke-14 diadakan pada awal Mei.
"Perkara utama yang kami persetujui ialah perhimpunan agung kami akan diadakan pada 5 Mei dan sekiranya pilihan raya umum ke-14 diadakan pada tarikh itu, maka kami akan mengadakannya pada 12 Mei bagi memastikan semua persatuan gabungan kami dapat mengundi bagi memilih penyandang jawatan baharu," kata beliau.
Tunku Imran berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-185 di Wisma OCM di sini pada Sabtu.
Menurut beliau, MOM telah memilih tiga individu berkaliber untuk menganggotai panel bebas dan sebagai pegawai pengurus pemilihan untuk mengendalikan pemilihan itu.
Mereka ialah angota exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan B. Jadadish Chandra serta bekas pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita, Persatuan Bolasepak Malaysia Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad.
Sementara itu, timbalan presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, yang turut hadir pada mesyuarat hari ini, mengesahkan beliau akan bertanding jawatan presiden MOM.
Bagaimanapun, kata Mohamad Norza, pada masa ini beliau mahu memberi lebih tumpuan kepada Sukan Komanwel 2018 di Australia bulan depan.
Mohamad Norza, yang juga presiden BAM, berkata beliau bersikap terbuka sekiranya terdapat individu yang berminat untuk mencabar beliau bagi jawatan presiden MOM.
"Saya akan bertanding sebagai Presiden MOM pada kali ini dan hanya mengetahui pesaing yang bertanding jawatan tersebut selepas proses penamaan calon dilakukan.
"Oleh itu, saya akan menjelaskan kepada ahli gabungan persatuan terlebih dahulu mengenai status saya ketika di sana," jelas Mohamad Norza.
Tunku Imran mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden MOM pada pemilihan kali ini setelah menyandang jawatan itu selama 20 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 31 2018

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengadakan perhimpunan agung pada 5 Mei ini bagi memilih penyandang jawatan baharu bagi penggal 2018-2021. -Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MOM adakan perhimpunan agung 5 Mei
Tarikh itu akan ditukar kepada 12 Mei sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan pilihan raya umum ke-14 diadakan pada awal Mei.