YANGON: Pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim tidak mahu dilabel sebagai wira selepas Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di sini, malam tadi.
Biarpun mencetak nama sebagai penjaring gol kemenangan pada pertembungan di Stadium Thuwunna itu, Mohamad Faisal menganggap bukan beliau sahaja yang berusaha keras bagi menghadiahkan tiga mata berharga kepada skuad Harimau Malaya.
Piala AFF: Malaysia tundukkan Myanmar, Faisal, Ahmad Syihan jadi wira
Menurutnya kejayaan menundukkan skuad Singa Asia di gelanggang keramat pasukan lawan itu berjaya dicapai kerana semangat juang tinggi dan sikap tidak berputus asa yang dipamerkan para pemain sepanjang 90 minit perlawanan.
"Bukan saya bawa (punca) pasukan dapat tiga mata, kami (pemain) semua yang berusaha sendiri dan akhirnya saya dapat peluang (jaringkan gol). Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana berjuang sampai ke minit akhir.
"Walaupun perlawanan ini kami anggap begitu mudah sebenarnya, tetapi sebaliknya berlaku. Kedua-dua pasukan bermain dengan tempo sangat tinggi tetapi ini lah bola sepak, siapa dapat jaringkan gol dia menang," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.
Pada masa sama, Mohamad Faisal mengakui beliau dan rakan sepasukan bergelut mencari rentak permainan sepanjang 45 minit pertama berdepan pasukan tuan rumah bimbingan Antoine Hey itu.
"Kami akui tak dapat bermain dalam separuh masa pertama, babak kedua jurulatih tukar sedikit (taktikal) untuk beri lebih tekanan kepada pihak lawan," kata pemain berusia 24 tahun itu yang enggan menjadikan faktor permukaan padang sebagai alasan Malaysia gagal menyumbat lebih banyak gol.
Jaringan Mohamad Faisal pada babak kedua perlawanan berpunca daripada lorongan ketua pasukan, Muhammad Safawi Rasid, sebelum beliau tenang melepaskan rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gol, Kyaw Zin Phyo pada minit ke-52.
Bagaimanapun, Myanmar berpeluang menyamakan kedudukan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata, namun sepakan penalti yang diambil penyerang gantian Myat Kaung Khant pada penghujung aksi berjaya ditepis penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini diikuti Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura (3 Jan) di Bukit Jalil dalam usaha memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir.
Sebagai rekod, Malaysia pernah muncul juara Piala AFF sekali pada 2010 sementara tiga kali bergelar naib juara iaitu pada edisi sulung 1996, 2014 dan 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Menurutnya kejayaan menundukkan skuad Singa Asia di gelanggang keramat pasukan lawan itu berjaya dicapai kerana semangat juang tinggi dan sikap tidak berputus asa yang dipamerkan para pemain sepanjang 90 minit perlawanan. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.