Messi
Lionel Messi - EPA/MARCELO SAYAO

Penjaga gol simpanan, Mariano Andujar menafikan kem Argentina tidak harmoni menjelang pertemuan dengan Iran.

Ia ekoran kenyataan tunggak utama pasukan itu Lionel Messi yang secara berterus-terang mengakui tidak gembira dengan formasi 5-3-2 semasa bertemu Bosnia-Herzegovina berikutan terpaksa memainkan peranan lebih ke dalam di belakang Sergio Aguero.

"Kami ada Argentina.

"Kami tidak patut memikirkan corak lawan kami. Apa yang penting ialah kami bermain dengan baik. Saya lebih senang dengan 4-3-3 dan saya rasa lebih selesa jika lebih ramai pemain naik ke atas," kata Messi.

Jurulatih Iran, Carlos Queiroz menganggap Argentina sebagai pasukan genius dan tidak perlu ditahap terbaik untuk menewaskan pasukannya.

Beliau menganggap Argentina mempunyai resepi untuk menghukum pencabar mereka dengan dua gol dalam sekelip mata.

"Pemain kami perlu mempamerkan kami mampu berkorban.

"Kami perlu masuk ke padang dengan rasa hormat dan penuh penghormatan.

"Taktik kami perlu lebih mantap berbanding Argentina. Sukar bagi kami, tapi tidak syak lagi ia merupakan perlawanan paling menarik dalam sejarah Iran," terangnya.