Bintang Argentina Lionel Messi berharap dapat menunjukkan penampilan terbaiknya walaupun mengalami keletihan akibat jadual perjalanan ketat bersama pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona FC.
Pemain Terbaik Dunia sebanyak empat kali itu berkata walaupun pemain mengalami keletihan sepanjang siri Jelajah Asia kelab itu namun beliau gembira melihat peningkatan dalam prestasi pasukan itu.
Katanya beliau turut gembira berlatih dengan jurulatih baharu Gerardo Martino, pengganti Tito Vilanova yang meletakkan jawatan bagi mendapatkan rawatan susulan kanser tekak yang dialaminya.
"Saya harap kami boleh mencapai keputusan yang lebih baik dalam saingan Liga Primera Sepanyol di samping merangkul kejuaraan utama Eropah seperti Kejohanan UEFA," kata bintang berusia 26 tahun itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini sempena perlawanan persahabatan antara kelab terkemuka dunia itu dengan pasukan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Sementara itu, bintang tengah Cesc Fabregas mengulangi komitmennya untuk kekal dengan kelab Sepanyol itu walaupun kelab-kelab lain termasuk Manchester United menunjukkan minat untuk mengikatnya musim ini.
"Saya gembira untuk kekal dengan kelab ini walaupun ramai membuat spekulasi bahawa saya akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), kata pemain antarabangsa Sepanyol berusia 26 tahun itu.
Barcelona FC, terkenal dengan panggilan 'Los Blaugrana' itu memulakan Jelajah ASia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok.
Pasukan itu menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang ke negara mereka.
Dalam pada itu, ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal berkata beliau telah mencabar anak buahnya untuk membuktikan aksi berani mereka dengan pasukan kelab Sepanyol itu.
Jurulatih berusia 57 tahun itu berkata perlawanan persahabatan menentang salah satu pasukan terbaik dunia itu adalah peluang yang jarang berlaku bagi mana-mana pasukan kebangsaan atau kelab.
"Saya mahu pemain mengambil kesempatan ini untuk memberikan komitmen penuh dalam perlawanan menentang salah satu kelab bola sepak terbaik di dunia.
"Bagi saya, menentang pasukan ini (Barcelona FC) juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan paling penting peminat tempatan dapat dihiburkan dengan aksi kelab itu di sini," katanya pada sidang media bersama itu.
Rajagobal berkata beliau telah melakar strategik terhadap kelab Sepanyol itu dan berharap rancangannya itu akan menjadi.
"Saya tidak boleh dedahkan pelan permainan terhadap Barcelona FC tetapi berharap pemain akan mengikuti kesemua arahan yang diberikan semasa latihan pusat," katanya.
Bernama
Fri Aug 09 2013
![Messi sedia 'pukau' anak buah Rajagobal Messi sedia 'pukau' anak buah Rajagobal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41357605047_295x200.jpg)
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Messi sedia 'pukau' anak buah Rajagobal Messi sedia 'pukau' anak buah Rajagobal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41357605047_295x200.jpg)
Messi sedia 'pukau' anak buah Rajagobal
Bintang Argentina Lionel Messi berharap dapat menunjukkan penampilan terbaiknya.