PENGGEMPUR Barcelona, Lionel Messi, dan pelumba Formula Satu, Lewis Hamilton, muncul pemenang sulung pertama anugerah Atlet Terbaik Tahunan Laureus, semalam.
Messi dan Hamilton berkongsi jumlah undian yang dibuat bekas legenda dunia sukan yang merupakan ahli Akademi Laureus.
Bintang Argentina, Messi, menjadi inspirasi utama Barca untuk meraih kejuaraan LaLiga ke-26 dengan 36 gol dalam 34 penampilan, di mana ia membolehkannya meraih anugerah Ballon d'Or buat kali keenam.
Pelumba Mercedes, Hamilton, dinobatkan selaku juara dunia Formula Satu buat kali keenam tahun lalu, meletakkannya di tangga kedua dalam senarai pemenang terbanyak di belakang Michael Schumacher.
Hamilton berada di Berlin untuk menerima anugerah itu sambil Messi -- yang menjadi individu utama muncul pemenang daripada sukan berpasukan -- menghantarkan mesej melalui video.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Akademi kerana memberikan penghargaan ini. Ia sangat penting dan istimewa," kata Messi.
"Saya berbesar hati untuk menjadi individu pertama memenangi anugerah ini daripada sukan berpasukan. Terima kasih banyak-banyak.
"Bagi saya, satu penghargaan besar untuk menjadi sebahagian daripada anugerah ini dan muncul individu pertama daripada sukan berpasukan yang menerimanya.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, keluarga dan peminat yang menyokong. Terima kasih kepada mereka yang mewujudkan anugerah ini."
Kedua-dua atlet itu meraih undian lebih tinggi berbanding pencabar lain seperti Rafael Nadal, Marc Marquez, Tiger Woods dan Eliud Kipchoge.
Gimnas Amerika Syarikat, Simone Biles, dinamakan selaku Atlet Wanita terbaik Tahunan Laureus selepas mencipta sejarah dalam Kejohanan Dunia dan membantu negaranya meraih kejuaraan berpasukan yang kelima.
Atlet ski paralimpik Ukraine, Oksana Masters, muncul pemenang Atlet Kurang Upaya Terbaik Tahunan sambil skuad ragbi lelaki Afrika Selatan yang menjulang trofi Piala Dunia 2019 dipilih selaku Pasukan Terbaik Tahunan.
Astro Arena
Tue Feb 18 2020

Messi (kanan) dan Hamilton berkongsi jumlah undian yang dibuat bekas legenda dunia sukan yang merupakan ahli Akademi Laureus. - Astro ARENA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.

Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.

Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.

Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.

Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.

Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.

Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.

Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.