GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Fulham 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium Anfield awal pagi Khamis.
Fulham terlebih dulu mengancam pemenang Piala Liga sembilan kali tersebut dengan kekalahan pertama di tempat sendiri dalam semua pertandingan musim ini selepas Willian menjaringkan gol pada minit ke-19.
Bagaimanapun usaha The Reds yang bergelut mencari gol berhasil selepas Curtis Jones dan Cody Gakpo masing-masing menjelmakan gol buat pasukan tuan rumah pada minit ke-68 serta m-71.
“Ini adalah mentaliti dalam kumpulan, kelab dan bandar ini, teruskan sahaja dan tidak kira apa yang berlaku dan kami sekali lagi menunjukannya hari ini...
"Jika anda mempunyai mentaliti itu, banyak perkara luar biasa yang boleh berlaku..
“(Jones) mendapat gol yang sangat penting untuk mengembalikan kami dalam permainan dan selepas itu saya rasa kami benar-benar menguasai, bukan sahaja dengan penguasaan bola tetapi mencipta peluang dan kemudian yang kedua jadi saya gembira," kata Gakpo.
Dalam pada itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa ia bukan aksi terbaik The Reds.
"Ia bukan permainan terbaik kami yang pernah kami mainkan. Saya memberitahu kepada pemain-pemain bahawa mereka adalah manusia," kata Klopp.
Dalam pada itu, Jones berkata, “Pada separuh masa pertama ia sememangnya sukar, kami menguasai bola tetapi tidak dapat mencari gol sebelum mengubahnya pada separuh masa kedua.
"Penyokong-penyokong Liverpool pulang dengan senyuman di wajah mereka jadi saya gembira...," kata Jones dalam aksi yang menyaksikan 21 percubaan Liverpool berbanding enam Fulham.
Sebagai rekod, Liverpool kehilangan khidmat Mohamed Salah, penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini yang bersama Mesir di Piala Negara-Negara Afrika, dan Trent Alexander-Arnold, yang cedera ketika Reds menang ke atas Arsenal dalam aksi pusingan ketiga Piala FA Ahad lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 11 2024

Gakpo menjaringkan gol kedua pasukan ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga antara Liverpool dan Fulham di Anfield, Liverpool, Britain, 10 Jan 2024. - REUTERS

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

UCL: Gol dramatik Harvey Elliott pacu Liverpool benam PSG
Elliott hanya perlukan 46 saat selepas masuk dengan sentuhan pertamanya pada minit ke-87 di Parc des Princes.

EPL: Liverpool makin hampir pahat nama selaku juara!
Jaringan Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister memberi kemenangan terbaru Liverpool, manakala Arsenal hanya mampu seri di Nottingham Forest.

Kata Salah, dia bantu pemain di sekelilingnya menjadi lebih baik
Menurut Salah, apa yang sedang dinikmatinya hari ini merupakan sebahagian daripada proses kematangan.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot
Arne Slot berasakan emosinya lebih baik sejurus dilayangkan kad merah selepas seri 2-2 dengan Everton.

EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah
Pengurus Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park.

EPL: Virgil van Dijk label pengadil berat sebelah
Salah memberikan Liverpool gol pendahuluan dalam separuh masa kedua sementara Alexis Mac Allister menutup aksi 45 minit awal permainan.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.