TINGGAL lebih kurang 12 jam pertemuan epik di antara Malaysia dan Indonesia, 'ekor Harimau Malaya' terus menyeru penyokong bola sepak tanah air agar memberikan sokongan padu kepada skuad negara.

Menerusi kemas kini di laman Twitter, Ultras Malaya memuat naik mesej ringkas berbunyi “Full house, full force, full points, full stop.”

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #NationalCalling #DemiMalaysia.

BACA: Mat Yo sedia gegar gawang Indonesia

BACA: RapidKL lanjut perkhidmatan Stesen LRT Bukit Jalil sempena perlawanan Malaysia menentang Indonesia

BACA: Laris kencang! Tiket perlawanan Malaysia-Indonesia sudah habis dijual

BACA: Eki digugurkan dalam perlawanan Malaysia berdepan Thailand dan Indonesia


Harimau Malaya dijadual bertembung dengan musuh tradisi Indonesia pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam nanti.

Perlawanan tersebut dijangka dihadiri lebih 80,000 penyokong bola sepak negara.

BACA: Rusuhan bola sepak: Netizen desak FIFA ambil tindakan terhadap Indonesia

BACA: Ultras Malaya kongsi detik cemas diserang penyokong Indonesia

BACA: Indonesia mohon maaf pada Malaysia

BACA: Menang atas Indonesia kuatkan semangat pemain untuk menentang UAE - Brendan Gan

BACA: 'Ini sangat mencalar nama baik Indonesia' - Penjaga gol pasukan Indonesia

Ia merupakan pertembungan ke-97 antara pasukan negara dengan skuad Garuda sejak pertemuan pertama pada 1957.

Pada perlawanan pusingan pertama September lalu, Malaysia mengejutkan Indonesia 3-2 dalam perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta.